in

Hot Chef Musim Ke-2 di 8TV

JEJAKA HANGAT DALAM HOT CHEF (musim ke-2)

EKSKLUSIF DI 8TV

Hot Chef: Musim ke – 2
Tarikh siaran: 12 Jun – 25 September 2011
Hari: Ahad
Masa: 8.30 – 9.30 malam
Episod: 16 x 60 minit
Bahasa: Mandarin
Genre: Realiti

Perhatian untuk para gadis. Masanya untuk anda meninggalkan dapur dan tanggalkan apron anda kerana program realiti kegemaran ramai Hot Chef kini kembali untuk musim kedua. Saksikan jejaka-jejaka kacak mempamerkan kehebatan kulinari mereka dalam rancangan realiti hebat ini.

Hot Chef musim kedua ini akan menemui penonton setiap Ahad, jam 8.30 malam bermula 12 Jun 2011 eksklusif di 8TV!

Hot Chef

Format rancangan ini yang lengkap dengan hiburan dan informasi ini turut memberi platfom kepada jejaka-jejaka kacak ini mempamerkan ‘skill’ masing-masing dalam seni kulinari sekaligus membuktikan bahawa mereka juga mempunyai bakat dalam bidang masakan dan bukan sahaja bersandarkan paras rupa.

18 peserta berumur dari 20 hingga 35 tahun akan bertanding dan memberikan masakan paling lazat untuk menjadikan mereka sebagai Hot Chef! Set rekaan yang direka eksklusif akan menjadi saksi jejaka-jejaka kacak ini mempamerkan bakat dan kreativiti masing-masing untuk menghidangkan sesuatu yang lazat dengan bahan-bahan yang terhad.

Anda juga dapat melihat pelbagai cabaran yang diberikan kepada peserta-peserta ini untuk menguji kemampuan mereka sekaligus menyerapkan elemen kejutan kepada penonton. Cheryl Lee yang bertindak sebagai pengacara akan bersama-sama anda menyaksikan siapa bakal dinobatkan juara sekaligus membawa balik gelaran Hot Chef musim ini!

“Atas sambutan hebat yang diterima pada musim pertama, Hot Chef kini kembali untuk musim kedua yang pastinya lebih hebat dan menghiburkan! Musim kedua ini akan menyaksikan cabaran-cabaran baru, idea yang lebih segar dan semestinya lebih banyak drama!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Ini semestinya program yang harus ditonton oleh para gadis! Apa lagi yang lebih menarik daripada menyaksikan jejaka-jejaka kacak memasak dan menghidangkan sesuatu yang lazat bukan? Rancangan ini pasti membuat anda melekat terus di kaca televisyen masing-masing!”

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 16 episod program realiti Hot Chef musim kedua yang akan disiarkan setiap Ahad, jam 8.30 malam bermula 12 Jun 2011 eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708. Tontoni rancangan-rancangan kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Terbaru Tom REDHA

AirAsia X Signing Ceremony with Tune Box-Paris Air Show