Memetik BH Online, Amir yang mengusahakan perniagaan air jagung berkata dia hanya mengikut perancangan Allah dalam soal rezeki.
“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.
“Mungkin ini adalah apa yang saya boleh kongsikan kepada orang ramai. Saya ada juga amalkan membaca doa supaya dimurahkan rezeki. Selain itu, sedekah subuh saya juga diamalkan.
“Selepas solat subuh, saya akan sedekah ke mana-mana tabung atau mereka yang memerlukan. Kalau solat di masjid, saya akan sedekah dalam tabung masjid.