in ,

“Saya Ada Semuanya Tapi Tuhan Belum Bagi Suami Untuk Bimbing Saya”

Selepas beberapa kali berdepan episod gagal dalam rumah tangga, penerbit Datuk A. Aida mengakui dia bahagia hidup sendirian.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Aida berkata dia tiada masa untuk mencari pasangan apatah lagi sibuk dengan komitmen serta jadual yang padat.

“Tak ada masa lah nak cari pasangan buat masa ini. Saya sebenarnya buat masa sekarang ini tak fikir langsung lagilah.
“Sekarang ini saya ‘i’m happy being single’ Itu sahaja. Sebab saya wanita bekerjaya, sibuk dengan macam-macam perkara. Jadual saya juga agak padat,”

– Datuk A.Aida

Aida mendedahkan ramai jejaka mendekatinya namun hatinya belum terbuka namun mengakui cemburu melihat kebahagiaan dikecapi rakan dan adik-adik bersama suami.

Ramai yang mendekati tapi buat masa ini hati saya belum terbuka lagi, kadang-kadang bila saya tengok kawan-kawan, adik saya bahagia bersama suami dia, saya sedih jugak lah.

“Saya teringat kata-kata mak saya, dia kata ‘Tuhan bagi segala-galanya pada saya tapi kalau suami Allah belum bagi lagi’ begitulah.
“Saya cemburu tengok adik-adik saya walaupun mereka tak kerja besar tapi hidup bahagia. Macam saya ini, saya ada semuanya tapi Tuhan belum bagi suami untuk bimbing saya,”

– Datuk A.Aida

Dalam pada itu, Aida turut menitipkan pesanan buat anak sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga. Menurutnya, sebagai isteri perlu buat yang terbaik untuk suami.

“Bagi saya, jodoh dan ajal di tangan Allah. Siapa saja nak kahwin tapi cerai-berai. Macam saya, orang selalu tanya ‘kau ni asyik kahwin cerai’. Ada ke orang nak begitu?

“Semestinya kita kalau nak bernikah pasti nak bahagia till Jannah tapi Tuhan dah tulis semuanya, nak buat macam mana. Kita sedaya upaya mempertahankan, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Sebagai seorang wanita, kena buat yang terbaik untuk suami, jaga makan minum,”

– Datuk A.Aida

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ernie Zakri Dedah Suara ‘Total Lost’ Sebelum Konsert Satu Suara Vol. 3

SAJAT

Pakai Skirt Pendek & Bra, Sajat Menari Buat Show di Australia