in , ,

Ernie Zakri Dedah Suara ‘Total Lost’ Sebelum Konsert Satu Suara Vol. 3

Dalam kemeriahan Konsert Satu Suara Vol. 3 yang berlangsung semalam, penyanyi Ernie Zakri mendedahkan dia mengalami masalah kehilangan suara sebelum menjayakan konsert tersebut, pada Sabtu.

Menurut Ernie, dia sempat mendapatkan rawatan bagi melegakan kesakitan yang dialaminya agar dapat beraksi dengan baik pada konsert yang dijayakan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jay Jay tersebut.

“Suara saya ‘total lost’ pagi tadi. Kebetulan dua ke tiga hari ini, tekak saya dah rasa tak selesa sebab itu saya tidak hadir latihan terkahir kerana saya takut tidak boleh buat persembahan pada malam hari.
“Sempatlah saya dapatkan bantuan, dapatkan suntikan antibiotik untuk pulihkan semuanya, Alhamdulillah.
“Gementar juga sebenarnya tapi saya ada semangat dari dua insan iaitu Datuk Seri Siti dan juga Abang Jay Jay yang sentiasa sokong dan beri segala tips,”

– Ernie Zakri

Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Bersuara itu turut mengakui tidak mempunyai jalan lain sebaliknya harus meneruskan konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd itu.

“Suami saya adalah ‘runner’ untuk hari ini untuk beli semua ubat-uabtan yang disarankan oleh Abang Jay Jay dan Datuk Seri Siti. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.
“Saya tetap kena menyanyi sebab dalam kepala saya tak ada ‘plan B’. Nak tak nak, saya kena pergi dapatkan rawatan.
“Ini kali kedua saya hilang suara pada konsert yang berskala besar, mungkin kerana keletihan dan kurang rehat,”

– Ernie Zakri

Konsert yang berlangsung di hadapan kira-kira 3,000 penonton itu menyaksikan Ernie menyampaikan lagu-lagu hitnya antaranya Gundah, Korban, Ku Bersuara, Boneka dan juga Astana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ISAAC VOO

Isaac Voo Tersingkir, Juri Big Stage Selamatkan Naufal Azrin Guna Imuniti X

“Saya Ada Semuanya Tapi Tuhan Belum Bagi Suami Untuk Bimbing Saya”