in , ,

Sebab Kenapa Uwais Tak Pakai Baju Sedondon Semasa Shuib Bertunang

Pelawak, Shuib memberitahu anak sulungnya, Uwais Alqarni tidak memakai baju sedondon ketika majlis pertunangannya kerana baju Melayu yang tempah tidak muat.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, 39, berkata, anaknya terpaksa memakai baju berbeza warna dengan adik-beradik yang lain kerana baju dan seluarnya sudah ketat.

“Dia pakai baju merah sebab baju yang saya tempah untuknya dah tak muat.

“Lepas dua minggu beraya, seluar Uwais dah ketat dan sangkut di bahagian punggung,” kata Shuib menerusi Tiktok.

Rupanya Ini Sebab Kenapa Uwais Tak Pakai Baju Sedondon Semasa Shuib Bertunang

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Uwais yang sedang menyarung baju Melayu berwarna hijau itu, namun tidak berjaya kerana terlalu ketat.

Terdahulu, penampilan anak sulung Shuib memakai baju Melayu berwarna merah mencetuskan pelbagai spekulasi oleh peminat.

Shuib melangsungkan majlis pertunangan dengan Watie, 35, dalam majlis tertutup di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ANWAR IBRAHIM

Anwar Hanya Menangis Sekali Sahaja Dalam Penjara Iaitu Semasa…

Kejutan Konsert Big Stage Minggu Pertama Rina Nose & Kak Lina Bergabung!