in , ,

12 Tahun Ada Sosial Media, Pertama Kali Watie Dedah Wajah Kekasih

Umum mengetahui, Sabtu lalu pelawak Shuib Sepahtu selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Watie Hanifiah yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.

Baru-baru ini, perkongsian Watie menjadi perhatian apabila memberitahu ini merupakan pertama kali mendedahkan wajah kekasihnya di sosial media miliknya.

Malah, Watie berkata itu pertama kali doa berbuat demikian sepanjang 12 tahun dia mempunyai sosial media.

“Janji tak crop dah, selama 12 tahun ada socmed, ini lah pertama kali kita reveal wajah kekasih hati. Bila dah jadi encik tunang ni, boleh expose sikitkan,” ujarnya di ruangan kapsyen berserta tanda pagar ‘roadtohalal’,”

– Watie
SHUIB WATIE BERTUNANG

Dalam pada itu, Watie turut agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka dan urusan menuju hari bahagia
dipermudahkan.

Difahamkan, Shuib dan Watie dijangka bakal melangsungka pernikahan pada 23 Jun depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COLDPLAY

Perdana Menteri Alukan Kedatangan Coldplay ke Kuala Lumpur di Twitter

Shuib Dedah Sebab Mahu Berkahwin dengan Watie, Tugas Bapa Sangat Berat