Menurut Zulin, dia memilih untuk mengunci mulut dan tidak mendedahkan punca pergaduhan demi menghormati keluarganya.
“Doakan yang baik-baik hubungan kami semakin rapat selepas apa yang berlaku. Lebih baik saya tidak memanjangkan perkara ini.
“Orang boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu puncanya.
“Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar dari mulut orang.
“Itu adat dalam rumah tangga, apatah lagi kami baru setahun dalam perkahwinan. Kadang-kadang perkara-perkara kecil pun boleh menjadi punca.
“Apa pun kami berdua berdoa semakin matang,”
Bagaimanpun, Zulin menjelaskan insiden itu mempunyai hikmah tersendiri dan secara tidak langsung membuatkan dia dan suami menjadi lebih matang dalam perkahwinan.
Terdahulu, Zulin tiba-tiba memuat naik foto pernikahannya dengan suami, Farhan Norzaini di Instagram berserta keterangan gambar yang memberi bayangan mereka sudah berpisah.
Zulin juga turut menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan di Instagram bukanlah sekadar gimik atau ‘content’ seperti yang didakwa segelintir netizen.
Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.
Sekadar info, Zulin dan Farhan bernikah di Masjid Negara, di sini dalam majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (Jawi) pada 20 Februari tahun lalu.