in , ,

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah 

Menyelak Kisah Berbeza dengan Interpretasi Segar Legenda Puteri Gunung Ledang, Revolution Stage kembali dengan siri terbaru Teater Bangsawan Indie

Setelah kejayaan pementasan Teater Bangsawan Indie: Raja Bersiong pada tahun 2022, Revolution Stage dan Live In My Poetry kembali dengan Teater Bangsawan Indie terbaru, dengan membawa kisah legenda ternama tanahair, Puteri Gunung Ledang. 

Skrip terbaru karya Khairunazwan Rodzy ini membawakan kisah Puteri Gunung Ledang melalui penceritaan yang membawa fokus lebih kepada kisah rombongan Sultan Mahmud dan juga pedalaman kajian yang lebih kepada keperibadian dan latar belakang Puteri Gunung Ledang yang terkait dengan konsep sufisme. 

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah

Menurut Khairunazwan, yang juga merangkap pengarah bersama teater ini dengan pengarah Rahim Jo, beliau memilih jalan cerita ini kerana ingin masyarakat lebih mengenali Puteri Gunung Ledang, atau nama islamnya, Siti Djamilah, dari sudut yang berbeza dari penceritaan yang sering didengari atau dikhabarkan. 

“Saya merasakan ia adalah salah satu sudut penceritaan yang masih ramai belum tahu. Walaupun kita tahu kisah Puteri Gunung Ledang memang terkenal, tapi penceritaan dan skrip yang saya cuba sampaikan akan membawa satu pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada setiap penonton,” tambah Khairunazwan. 

Apa yang menarik lagi adalah, konsep teater bangsawan indie kalini diteruskan lagi selepas kejayaan pementasan Teater Bangsawan Indie: Raja Bersiong pada Anugerah Teater Malaysia tahun lepas, merangkul 3 trofi bagi teater tersebut, 7 secara kesuluruhan. 

Khairunazwan, yang juga penerima Anugerah Pendukung Seni Negara pada malam anugerah tersebut, turut berkata bahawa penerimaan baik bagi pementasan Teater Raja Bersiong meneruskan semangat beliau untuk terus mementaskan siri Teater Bangsawan Indie ini. 

“Bukan sahaja penonton yang memberi komen yang positif, penerimaan anugerah tersebut menandakan mereka yang sudah lama terlibat dalam teater juga menyambut konsep ini dengan baik, dan bagi kami, ia boleh membawa konsep teater bangsawan ini lebih dekat dengan masyarkat Malaysia, khususnya penggemar-penggemar teater,” ujar Khairunazwan. 

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah akan membawakan lebih dari 15 pelakon muda dan berpengalaman untuk pementasan ini, termasuklah Aloeng Silalahi, Kyra Sabri, Jasni Fizul dan ramai lagi. 

Menerima Insentif Seni (Kewangan), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan juga “The BOH Cameronian Grants for New Productions 2022” dari Kakiseni, pementasan teater ini juga akan dipentaskan secara atas talian untuk mereka yang tidak berada di lembah klang dapat menonton juga. 

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah bakal dipentaskan pada 17- 28 Mei 2023 dan tiket boleh didapati di www.revolutionstage.com. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi produksi Revolution Stage melalui Instagram mereka @revolutionstage atau terus ke www.revolutionstage.com 

SINOPSIS PERSEMBAHAN 

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah 

Mengisahkan tentang hajat seorang Sultan Melaka ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang, lalu menitahkan rombongan peminangan ke atas Puteri tersebut. Oleh kerana Puteri Gunung Ledang dengan nama sebenar, Puteri Siti Djamilah binti Sultan Alam Fattah al-Akbar yang sedang dalam pertapaan di puncak Gunung Ledang itu sudah pun berkahwin dengan Pati Unus, dia sudah mengetahui akan rombongan peminangan itu memohon bantuan guru ilmu batinnya untuk apa cara dan bagaimana mahu menolak peminangan tersebut, gurunya telah memberi nasihat akan 7 syarat yang bermaksud penolakan terselit hikmah buat seluruh negeri Melaka. Guru tersebut menghadiri Tuah yang sama-sama dalam rombongan, secara batin, memberi peringatan akan penyesalan Tuah dahulu akan kematian Jebat keranaTuah terlalu taksub setia pada raja yang sudah tentu bertindak zalim agar tidak pisang berbuah dua kali. Tuah telah tinggalkan rombongannya setelah gagal menghentikan rombongan tersebut. Tun Mamat yang berjaya menyampaikan hajat Sultan mendapat selembar 7 syarat peminangan lalu mempersembahkan kepada sultan yang mana akhirnya menjadikan rakyat susah. Di hujung kezaliman Sultan Melaka saat hendak membunuh anakandanya, Raja Ahmad, Puteri Gunung Ledang dengan saktinya memberi kesedaran akan sikap Sultan Melaka. 

Anjuran 

Revolution Stage & Live in My Poetry 

Penerbit 

Khairunazwan Rodzy 

Penerbit Eksekutif 

Kirin Mohamad 

Pengurus Produksi 

Nik Afq

Arahan 

Khairunazwan Rodzy & Rahim Jo 

Penulis Skrip 

Khairunazwan Rodzy 

Pengurus Produksi 

Nik Afiq 

Pengarah Muzik 

Haidi Hykal

Ketua Korporat & Jualan 

Aishah Jalil 

Jualan & Tajaan 

Sasha Fairus Zawani

Koreografer 

Sara Sulaiman 

Pengurus Pentas 

Aidil Rosli 

Tatarias 

Nani Zahar 

Busana

Jits Abudllah & Naddy Nad 

Sinografer 

Shahrul Skye 

Pembantu SInografer 

Megat Khairul 

Prop Master 

Zaki Hamidun 

Kru Teknikal 

Fatin Syakirah 

Kru Tayangan Atas Talian 

Syah Fisal 

Team MCP

Bleenk Media 

Barisan Pelakon 

Kyra Sabri– Puteri Gunung Ledang

SaifulWazien – Tun Mamat

Hafizie Zulkifeli – Sultan Mahmud

Fattah Fawzy – Hang Tuah
Izhar Azree – Hang setia
Jasni Fizul – Gusti Pati Unus
Azizi Nazril – Kadi Melaka
Ajiq Bakaruddin – Datuk Bendahara

Erry James – Tun Teja 

Aroha Ibrahim – Puteri Onang Kening

Sara Sulaiman – Nenek Kebayan

Aloeng Silalahi – Guru

Adi Putra Hariez – Raja Ahmad – Hariez 

Sofeya Ibrahim – Bunga 1 Olivia Evy – Bunga 2 Natasha Rafizi – Bunga 3 Leman – Iblis 1 

Ria Rusli – Iblis 2 Hakim Zulkefli – Iblis 3 

Zaki Hamidun – Hulubalang 1 Akif Rosnin – Hulubalang 2
Ash Ramzi – Hulubalang 3 HuHumaira – Penari Extra Turn 

Tarikh Pementasan 

Minggu 1 – 17-21 Mei 2023 Minggu 2 – 24 – 28 Mei 2023 

Waktu Pementasan: 

9 malam & 3 Petang (Sabtu dan Ahad sahaja) 

Informasi & Harga Tiket 

Cara Pembelian: www.revolutionstage.com / RM50 (Fizikal) & RM25 (Atas talian) 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOH SALLEH

Noh Salleh Sudah Bertunang Dengan Fatin Athira, Bakal Nikah 23 September 2023

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Sasar Kumpul Dana RM900,000