Sempena bulan perayaan ini, DCI bertekad menggandakan lebih banyak nilai dengan mengetengahkan konsep ‘Bridging the Community untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri lebih bermakna.
Bagi menyampaikan mesej berkenaan, DCI memilih satu elemen yang relevan dengan Hari Raya Aidilfitri serta sinonim dengan titik mula pelbagai detik suka-duka dalam kehidupan masyarakat iaitu konsep “warung ala padang pasir”.
Bagi memupuk semangat kebersamaan, DCI menganjurkan Rumah Terbuka Raya 2023 pada hari ini untuk semua kenalan korporat, perniagaan, majlis tempatan, tetamu dari pelbagai agensi seperti agensi keselamatan, kesihatan, pembeli kondo Datum Jelatek Residensi, penggiat seni dan masyarakat setempat bagi merakam setiap detik di mana semua lapisan masyarakat bersatu kerana Nilai yang dikongsi bersama bagi mengeratkan jalinan semua.
Menurut Pn Sazela Mohd Safie , pengurus kanan Jualan & Pemasaran Datum Jelatek Residensi yang mewakili DatumCorp International berkata, kami berbesar hati untuk berkumpul bersama dengan berkongsi ruang untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna tambahan lagi venue yang dipilih adalah di concourse area Datum Jelatek shopping centre bagi memupuk semangat berhari raya dengan menampilkan dekorasi ala negara Arab. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dengan kehadiran artis jemputan Liza Hanim, kumpulan Ghazal dan pelbagai juadah istimewa daripada DCI termasuk hidangan-hidangan khas seperti Kambing Golek.
Mengenai DatumCorp International Sdn Bhd
DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), bertanggungjawab dalam pembangunan Datum Jelatek yang merupakan residensi eksklusif dan pusat membeli belah berkonsepkan transit-oriented development (TOD) berhubung terus dengan stesen LRT Jelatek.