Memetik Kosmo, Hattan berkata beliau mengenali sebenarnya siapa kawan dan siapa lawan selepas kontroversi yang berlaku pada dirinya.
Sementara itu, Hattan turut meluahkan rasa syukur kontroversi terpalit dirinya tidak mengganggu kerjaya seninya.
“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. ‘Show’ macam ada walaupun isu yang berlaku,” katanya.
“Saya okey sahaja. Biarlah apa yang berlaku, berlalu. Bagi reda dahulu. Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai,”
– Hattan
Dalam pada itu, Hattan berkata kesihatan mentalnya dalam keadaan baik dan akan memberikan kenyataan apabila keadaan sudah reda.