Menurut sumber Harian Metro, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Sumber itu berkata, difahamkan Syamsul tidak hadir ke mahkamah.
Bagaimanapun sebelum ini, menerusi perkongsian video dalam Instagram, Sarah, 38, mengakui, tangisan bukan bermakna lemah sebaliknya kerana terlalu penat berdepan dengan suaminya yang disifatkan sebagai seorang lelaki narsisistik.
Sarah berkata dia menangis bukan kerana lemah, tetapi sebab penat berdepan dengan perangai suaminya sejak beberapa tahun lalu.
“Saya nak beritahu bahawa saya telah penat. Penat bergaduh dan berlawan lelaki narsisistik seperi ini. Tolong doakan saya dilepaskan dan diceraikan dengan cara yang baik.
Saya sangat penat sudah berapa tahun tak dilayan sebagai isteri. Tidak mendapat kasih sayang. Saya juga punya keinginan untuk bahagia, ingin untuk merasa kasih sayang. Jadi lepaskan saya (ceraikan).
– Puteri Sarah
Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.
Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.