in , ,

Puteri Sarah Menangis Luah Rasa Kesal Berkahwin dengan Syamsul Yusof

Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal berkahwin dengan Syamsul Yusof dan tegas dengan pendirian mahu bercerai dan dilepaskan.

Puteri Sarah menyifatkan tindakan berkahwin dengan Syamsul ada kesilapan paling besar dalam hidupnya namun dia bersyukur kerana mendapat ibu bapa mentua yang baik.

Dia juga mahu mengakhiri drama tidak berkesudahan dengan Syamsul ini dan mahu memulakan kehidupan baharu bersama dua anak-anaknya.

“Saya hanya mahu keluar daripada perkahwinan yang toksik ini. Saya hanya mahu teruskan hidup dan bahagia bersama anak-anak.”

“Satu perkara yang saya menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan awak tetapi saya bersyukur dapat ibu bapa mentua terbaik,” katanya.

Puteri Sarah menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat selepas memadam perkongsian terdahulu yang menjawab kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah tidak kisah sekiranya Syamsul enggan memberikan nafkah atau dia mahukan kemenangan.

Namun dia cuma berharap pengarah itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap dua anak mereka.

“Saya dah penat dengan semua drama ini. Kepada Mohd Syamsulkau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang, kau menanglah… aku kalah. 

Ambillah semua harta-harta awak. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,ujarnya.

Puteri Sarah turut membuat satu hantaran video menjelaskan perkara tersebut dalam keadaan dirinya menangis teresak-esak. 

“Saya dah penat bergaduh dengan lelaki narsistik begini. Doakan saya diceriakan dengan baik. Saya tak nak harta awak. Saya ada kaki dan tangan untuk bekerja.

Sementara itu, Puteri Sarah pula dalam kenyataan balas menuntut agar setiap tuduhan yang dibuat disertakan bukti kukuh

Kemelut rumah tangga pasangan ini berlarutan selepas beberapa kali mereka turun naik mahkamah namun gagal mencapai kata sepakat untuk berpisah.

Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya itu kerana Puteri Sarah didakwa menambah beberapa terma dalam perjanjian penceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA SENYUM

Sarah Minta Syamsul Tunjuk Bukti Ada Hubungan Dengan Suami Orang

LEGOLAND RAYA

Ini 13 Perkara Penting Perlu Dibuat Sewaktu Balik Beraya di Kampung