Memulakan kerjaya profesionalnya pada 2005, beliau membintangi filem pertamanya, Potret Mistik (2005) diikuti oleh beberapa filemnya yang lain termasuk Main-Main Cinta (2006) dan Jangan Pandang Belakang (2007). Pierre memulakan kerjaya pengarahannya pada 2007 menerusi filem pertamanya, 9 September.[1]
Nama penuh : Mohd Pierre Andre Bin Nazarul Andre
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Bangsa : Melayu
Karier: Penulis, pelakon, pengarah
Status: Bujang
Orientasi: Lurus
Ukuran badan: 5′ 11″
Zodiac: Pisces
Pada tahun 2012, beliau telah berhijrah ke arah islamik, dan aktif bersama Jemaah Tabligh untuk belajar lebih mendalam mengenai Islam, berdakwah dan bertabligh. Selepas filem terakhir arahannya, Kecoh! Primadona Kena Hantu ditayangkan pada 2016, Pierre mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.[2]
Pierre Andre kini (tahun 2007) berusia 22 tahun merupakan anak lelaki kepada Khatijah Tan. Begitu cenderung dengan filem seram dan telah berjaya menghasilkan skrip Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Filem Congkak ialah sebuah naskah cerita seram seperti filem seram Hollywood popular di zaman 80an, Poltergeist. Mengisahkan seorang kanak-kanak yang dapat berinteraksi dengan makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Ianya bercorak suspen seperti filem M. Night Shyamalan. Filem 9 September lakonan Pierre telah pun siap dan akan ditayangkan pada bulan September tahun ini.
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 17 Mac 1985 dan merupakan anak lelaki kepada pasangan Khatijah Tan dan suaminya, Nazarul Andre Abdullah. Memulakan kerjaya lakonan filem menerusi Cinta Fotokopi, beliau terus meniti perjalanan seninya dengan bernaung bawah MIG Talent.[3] Beliau terus memegang watak-watak utama dalam filem pada tahun 2005. Beliau mula menyerlah menerusi filem Salon dan Gol & Gincu. Kini, beliau masih aktif mengarah filem di bawah Metrowealth Movies Production. Adik beliau, Mikail turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.
Peranan lakonan Pierre yang pertama pada 2005 menerusi filem Potret Mistik arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang mana Pierre merupakan pelakon tambahannya. Beliau seterusnya memegang watak pembantu dalam filem Cinta Fotokopi, juga arahan Prof. Madya Abdul Razak. Juga pada tahun yang sama, beliau muncul bersama Nur Fazura, Sazzy Falak dan Ashraf Sinclair menerusi filem sukan Gol & Gincu arahan Bernard Chauly. Pierre memegang watak sebagai Reza.
2006 menjadi penanda aras buat Pierre dalam kerjaya lakonannya apabila beliau menjayakan watak utama dalam filem drama romantik, Cinta arahan Kabir Bhatia bersama ramai pelakon termasuk Que Haidar, Sharifah Amani, Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Beliau sekali lagi bekerja bersama Prof. Madya Abdul Razak menerusi filem Main-Main Cinta lakonan Adam AF2 dan Misha Omar. Beliau diberi kepercayaan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham bagi menulis skrip filem Jangan Pandang Belakang yang mana beliau merupakan pelakon utamanya sebagai Dharma bersama Intan Ladyana yang memegang watak dua beradik perempuan kembar. Filem ini ditayangkan pada 5 April 2007 dan merupakan kejayaan komersial, ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM7.4 juta ringgit, sekaligus melayakkan Pierre memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20.[4][5] Beliau menjadi ahli barisan pelakon utama drama Dunia Baru di TV3 bersama-sama Elyana, Iqram Dinzly, Anne Ngasri, Baizura Kahar dan Ryzal Jaafar, Pierre memegang watak Adif dan mengulangi peranannya dalam filem susulannya.
2008–2012: Pengiktirafan meluas
Bermula pada awal 2008, Pierre bersama Fazura, Que Haidar dan Sharifah Amani memulakan penggambaran bagi filem sulung arahan Yana Samsudin, Selamat Pagi Cinta, beliau menjayakan watak utama sebagai Ilham.
Bidang pengarahan beliau bermula apabila ditawarkan mengarah filem 9 September yang dibintangi oleh Fasha Sandha dan beliau sendiri, selepas kejayaan beliau menulis skrip Jangan Pandang Belakang.[6][7] Filem tersebut mendapat sambutan menggalakan dengan mengutip lebih RM 1 juta. Juga pada tahun yang sama, Pierre mengarahkan filem keduanya, I’m Not Single yang dibintangi oleh Farid Kamil, Intan Ladyana, Awal Ashaari dan Lisa Surihani.[8] Dengan langkah kanan, beliau terus mengarah filem keduanya dan pertamanya bagi genre seram bertajuk Jangan Tegur yang dibintangi oleh Julia Ziegler dan Rozita Che Wan.
Berikutan perselisihan faham antara beliau dan penerbit David Teo, Pierre meninggalkan Metrowealth Movies Production selepas mengarahkan filem Jangan Tegur yang merupakan filem terakhirnya bersama studio itu, beliau akan kembali bersama Metrowealth untuk projek seterusnya. Tawaran berlakon drama juga diterima oleh beliau, Pierre membintangi drama Cik Ah Cik Nin bersama Sherry Ibrahim, Puteri Fatin dan Syamsul Yusof.[9]
Pada 28 April 2011, Pierre mendaftarkan dirinya di Tayangan Unggul dan mengarahkan bersama Woo Ming Jin menerusi filem seram suspens Seru yang mana beliau mengarahkannya bagi bahagian lakonan manakala Ming Jin mengarahkan bahagian teknikal.[10] Pierre juga aktif mengarah drama televisyen, drama TV pertama arahannya ialah Ana Lulu[11] yang dibintangi oleh Nora Danish, berdasarkan daripada telefilem Lu’lu lakonan Yana Samsudin.
Selepas berjaya dengan Seru, projek kedua Pierre bersama Tayangan Unggul ialah filem drama romantik Aku, Kau & Dia yang berdasarkan daripada pengalamannya yang menghadapi kegagalan dalam percintaan.[12]Ia dibintangi oleh Zarina Jamalulail, Remy Ishak dan Pekin Ibrahim.[13][14][15] Ketika malam Anugerah Skrin 2012, beliau telah menerima Anugerah Yasmin Ahmad di majlis tersebut dan telah membuat ucapan dakwah dan menyebut kalimah syahadah di hadapan ribuan penonton dan peminat yang hadir.[16] Berbekalkan kemenangannya di Anugerah Skrin 2012, beliau muncul bersama dua filemnya—Chantek arahannya dan 3 Temujanji lakonannya bersama Yana Samsudin.
Selain filem-filem yang diarahkannya sendiri, Pierre juga menulis lakonlayar untuk filem lain, termasuk filem Langgar arahan sulung pelakon dan penyanyi Syed Hussein yang mana ia melalui proses penulisan skrip sebanyak 15 draf. Beliau pada mulanya mahu mengarahkan bersama filem ini, namun tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan jadualnya yang padat. Filem itu ditayangkan pada 11 April 2013.[17]
2013: Kembali ke Metrowealth
2013 membuka lembaran baru untuk Pierre apabila beliau kembali ke pangkuan majikannya, Metrowealth selepas hampir 3 tahun beliau dan David Teo tidak bertegur sapa. Dengan kepulangannya ke Metrowealth, beliau mengarahkan filem ketiganya bersama syarikat penerbitan itu, yang pertama dalam tempoh 3 tahun. Judul skrip filem itu ialah Cerita Kita yang merupakan filem ketujuh arahannya dan dibintangi oleh Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Pekin Ibrahim.[18] Beliau seterusnya mengarahkan filem kelapannya dan yang pertama bagi genre aksi, 1 Lawan Satu yang bertemakan seni mempertahankan diri. Barisan pelakon terdiri daripada adik beliau sendiri, Mikail Andre, Azlan Komeng, Along Eyzendy dan Puteri Balqis.[19][20][21] Pada Mei 2013, beliau muncul sebagai tetamu undangan dalam musim pertama rancangan dokumentari keislaman, Salam Muslim di Astro Oasis sebanyak 3 episod, di mana beliau menceritakan pengalamannya berhijrah ke jalan Allah S.W.T dan isihatinya menjadi seorang Muslim yang taat.[22]
Pierre mengarahkan drama TV kedua arahannya, Dewi Lasak (tajuk asal Seri Dewi Lasak) lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime, yang bersiaran di TV3.[23][24] Beliau kemudiannya membuat penampilan khas dalam filem Longkai arahan Hashim Rejab lakonan Faizal Hussein dan Erra Fazira. Mencari perubahan, Pierre mengarahkan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang yang bergenre komedi Islamik lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan penampilan khas Ustaz Azhar Idrus,[25] menariknya, beliau mengetengahkan sepenuhnya pelakon lelaki dan tiada pelakon wanita dalam filem ini.[26] Beliau kemudiannya mengarahkan filem seram suspens Highland Tower yang mana di difilemkan di tapak peninggalan pangsapuri Highland Towers, kesan daripada tragedi pada 11 Disember 1993 dan mengambil sedutan video liputan berita tragedi tersebut. Barisan pelakon terdiri daripada adik beliau, Mikail, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Atikah Suhaime.[27][28][29]
2014–2016: Kesinambungan kejayaan dan persaraan
Pada 16 Januari 2014, Pierre mengarahkan filem Muka Surat Cinta yang pada mulanya menggunakan judul Perempuan Mukasurat Tujuh yang juga filem pendek arahannya. Filem ini juga buat julung kalinya menampilkan gabungan pelakon muda dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, ia dibintangi oleh Afiera Riana, Atikah Suhaime dan Nina Iskandar.[30][31] Kemudian beliau muncul pula dengan filem Sniper yang difilemkan di tapak peninggalan taman tema Mimaland di Gombak, Selangor dan pangsapuri Flat Pekeliling, ia dibintangi oleh Mikail Andre, Fadlan Hazim dan Pablo Amirul, dan ditayangkan pada 24 April 2014 hingga kejayaan komersial. Ia mengisahkan tentang Ahmad, seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin, Rafi yang merupakan atlet penembak tepat dan juga Jim. Mereka bertemu dalam satu permainan diberi nama “Bunuh” yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.[32][33]
Selepas Muka Surat Cinta dan Sniper, Pierre mengarahkan naskhah filem seram terbaru, Jin yang merupakan filem ketiganya bersama Empat Semudra Films selepas Al-Hijab dan Chantek, lakonan Zul Ariffin dan Mon Ryanti dan ditayangkan pada 21 Ogos 2014.[34] Lebih selesa menduduki kerusi pengarah, beliau mengarahkan buah tangan seterusnya Cerita Hantu Malaysia yang berkonsepkan omnibus menghimpunkan tiga cerita dalam satu filem, dengan barisan pelakon terdiri daripada pelakon pilihan beliau iaitu Kamal Adli, Leez Rosli, Kamarool Haji Yusoff, Wan Ellyas, Mikail Andre, Adam Shah dan Rahhim Omar. Menjadikan filem seram dari luar negara sebagai rujukannya, Pierre berkata, genre ‘omnibus’ ini begitu dikenali dalam penghasilan kebanyakan filem seram di Thailand. Beliau turut mengakui judul filem seramnya ini kerana yakin kebanyakan daripada masyarakat Melayu sering bercerita atau mendengar kisah berkaitan hantu.[35][36]
Filem beliau seterusnya, Kasut Ku Kusut yang ditayangkan pada 18 Disember 2014 telah memperlihatkan Pierre mencuba sisi baru dalam kerjaya filemnya, iaitu komedi. Portal berita Utusan Malaysia menyifatkan filem tersebut sebagai “penutup terbaik” bagi filem Metrowealth dan tidak hanya “menghunuskan elemen komedi semata-mata”.[37] Filem ini menggandingkan pelakon Shaheizy Sam dan pelakon wanita Singapura, Atikah Suhaime.
Pada awal 2015, Pierre memulakan pra-penerbitan untuk filem ke-16 arahannya, Apartment. Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis novel yang baru berpindah ke sebuah pangsapuri baru dan berhadapan dengan kejadian misteri. Ia dibintangi oleh Kamal Adli, Naqia Nasution dan Bil Azali dan ditayangkan pada 31 Disember 2015.[38]
Pierre mengarahkan filem terakhirnya, Kecoh! Primadona Kena Hantu yang ditayangkan pada 13 Oktober 2016.[39] Pada tahun sama, beliau menamatkan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah untuk memberi tumpuan kepada bidang lain.[2]
Lakonan dalam filem:
2007 : Jangan Pandang Belakang – (Pelakon Utama)
2007 : Dunia Baru The Movie – (Pelakon Utama)
2007 : 9 September – (Pelakon Utama)
2006 : Cinta – (Pelakon Utama)
2006 : Main-Main Cinta – (Pelakon Pembantu)
2005 : Salon – (Pelakon Utama)
2005 : Gol & Gincu – (Pelakon Utama)
2005 : Lady Boss – (Pelakon Tambahan)
2005 : Cinta Fotokopi – (Pelakon Pembantu)
2005 : Potret Mistik – (Pelakon Tambahan)