in , ,

Elon Musk Pecat Sebanyak 80% Pekerja Twitter Untuk Jimatkan Kos

Elon Musk yang telah mengambil alih Twitter, beliau telah memulakan proses pengurangan tenaga kerja bagi mengurangkan kos.

Menurut, Musk dalam satu temubual bersama BBC beliau memaklumkan sudah membuang lebih 6000 kakitangan Twitter bersamaan 80% jumlah tenaga kerja di dalam syarikat ini.

Musk telah mengambil langkah drastik ini kerana Twitter hanya mempunyai tempoh 4 bulan sahaja untuk beroperasi dengan aliran tunai -$3 bilion.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi Twitter kini akan lebih stabil dengan pengiklan yang mula kembali ke platform.

Katanya juga, pengurangan tenaga kerja ini mungkin dapat bantu Twitter dalam tempoh jangka pendek ini.

Namun, disebabkan isu-isu lain timbul sedikit sebanyak membuatkan pengalaman menggunakan Twitter tidak sebaik era sebelum pembelian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gurauan Tak Pernah Bangun Sahur, Reen Rahim Kesal Akaun Tiktok Hilang

Sharnaaz Ahmad Jawab Bila Netizen Doa Berjodoh Semula Dengan Noor Nabila