in , ,

Lama Tak Muncul, Netizen Pelik Dengan Imej ‘Subang’ Syazwan Zulkifly

Penampilan terkini pelakon Syazwan Zulkifly meraih perhatian netizen apabila dilihat berbeza dengan gayanya yang terdahulu.

Menerusi video, Syazwan, 35, memaklumkan berkemungkinan besar akan beraya dengan bekas tunangnya untuk tahun ini.

Tambahnya, hubungan dengan bekas tunangnya masih dalam keadaan baik walaupun sudah putus.

Saya duduk dekat rumah je (ketika raya), tunggu orang datang.
Tapu mungkin bekas tunang saya ikut sekali kot kali ini. Keluarga dia dah meninggal dunia sebab Covid-19. 
Asalnya kami kawan kan, jadinya mak saya dah kenal dia (bekas tunang).

– SYAZWAN

Walau bagaimanapun, penampilan bintang drama ‘7 Hari Mencintaimu’ itu menjadi bualan netizen yang dilihat bertindik dan memakai aksesori rantai.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyamakan dirinya dengan penyanyi antarabangsa, Sam Smith. Selain itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ‘imejnya’ yang sudah berbeza.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rupanya Nenek Syasya Dolla Pelakon Veteran, Nasihat Jangan Pakai Seksi

Sering Dilagakan Dengan Siti Nurhaliza, Padahal Aina Abdul Baik-Baik Sahaja