in

MTV World Stage Live in Malaysia Rangsang Industri Pelancongan

Usahasama Strategik Antara i-City dan MTV Networks Asia
MTV World Stage Live in Malaysia akan merangsang industri pelancongan tempatan

Kuala Lumpur, 9 Jun 2011 – Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, memuji i-City kerana terpilih menjadi tuan rumah MTV World Stage Live in Malaysia 2011 dan amat senang hati I-Berhad telah membentuk usahasama strategik bersama MTV Networks Asia untuk memperkasakan kedudukan i-City sebagai destinasi aktiviti santai.

Acara tersohor ini akan membantu Kementerian Pelancongan menarik pelancong ke Malaysia dan sejajar dengan usaha Kementerian merangsang industri pelancongan tahun ini. Kerjasama I-Berhad dan MTV Networks Asia ini juga selari dengan rancangan Kementerian untuk melibatkan sektor swasta sebagai pelengkap usaha Kementerian.

Picture 3

MTV akan menjadikan Malaysia dan i-City tumpuan di mata dunia dengan rancangan sejam MTV World Stage Live in Malaysia 2011, bakal disiar ke 154 negara dan berpeluang sampai ke 550 juta rumah seluruh dunia.

“Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) amat berbesar hati Malaysia dipilih sekali lagi menjadi tuan rumah MTV World Stage. Konsert secara langsung ini bukan saja akan mengetengahkan i-City dan Malaysia di persada antarabangsa, tetapi MTV juga akan menjemput pihak pengurusan tinggi industri muzik dan media ke konsert tersebut. Ini akan mempromosi Malaysia sebagai lokasi pengisian yang penting – sesuatu yang sejajar dengan wawasan inovatif kami,” kata Menteri Pelancongan Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen.

Menurut beliau lagi, i-City adalah destinasi pelancongan unik kerana tarikannya berasaskan teknologi. Ini memang sebahagian visi i-City untuk menjadi pusat pengetahuan dan juga destinasi pelancongan pada masa yang sama.

“Pihak Kementerian ingin mengucapkan tahniah kepada i-City kerana bukan saja mencipta produk pelancongan ini, tetapi juga bekerjasama dengan MTV Networks Asia – satu langkah yang dikira selari dengan usaha pemasaran Kementerian. Walaupun baru berusia kurang 2 tahun, i-City terus gigih menambah tarikan baru dan juga menjalin perkongsian dan kerjasama baru untuk mengetengahkan lokasi tersebut. Semua usaha ini akan menjana nilai berkekalan untuk i-City,” tambah beliau.

Sebagai sebahagian program pelancongannya untuk 2011, i-City sedang membentuk perkongsian strategik bersama MTV Networks Asia dalam:

  1. Menguruskan program promosi bertema antarabangsa bersama Nickelodeon demi mengukuhkan kedudukan i-City sebagai destinasi aktiviti santai keluarga yang bersungguh-sungguh dalam membawa hiburan keluarga dan kanak-kanak yang terbaik
  2. Menjadi tuan rumah konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2011 di i-City sebagai sebahagian program melibatkan belia.

“Perkongsian strategik ini bukan sahaja akan memperkasakan kedudukan i-City sebagai destinasi kegiatan santai untuk keluarga di Lembah Kelang, tetapi juga akan menambah satu lagi dimensi dalam mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Oleh itu, kami amat berterima kasih dan mengalu-alukan sokongan berterusan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, kerajaan Malaysia, rakan kongsi pemasaran kami dan para pengunjung sekalian,” kata Group CEO I-Berhad Dato’ Eu Hong Chew.

Walaupun i-City baru memulakan program pelancongan pada Disember 2009, i-City hari ini menarik 90,000 pengunjung seminggu.

“i-City memang unik sebagai pusat pengetahuan dan destinasi pelancongan. Kerjasama kami dengan MTV Networks Asia bukan sahaja mencapai sasaran penonton yang sama, tetapi juga satu usahasama dengan salah satu syarikat terkedepan dalam permainan berasaskan web dan hiburan internet,” tambah Dato’ Eu Hong Chew.

“MTV Networks Asia terus gigih membawa hiburan terbaik untuk kanak-kanak, belia dan keluarga. Malaysia pula terus menjadi pasaran penting untuk MTV dan Nickelodeon. Kami ada ramai peminat di sini dan kami sentiasa mencari peluang untuk menambah bilangan penonton tempatan kami,” kata presiden eksekutif dan pengarah urusan Viacom International Media Networks Asia Utara dan Tenggara Ms Indra Suharjono.

“Kami amat teruja dengan MTV World Stage Live in Malaysia 2011 yang akan dilangsungkan di i-City, Shah Alam pada 24 Julai kerana kami bertujuan menjayakan satu acara bertahap antarabangsa yang akan mengetengahkan Malaysia kepada berjuta-juta penonton MTV di seluruh dunia. Kami telah menerbitkan acara televisyen bertaraf dunia di Malaysia sejak 2008 dan kami akan terus bekerjasama dengan I-Berhad, Tourism Malaysia dan rakan kongsi lain demi membuatkan MTV dan Malaysia bangga.”

MTV World Stage Live in Malaysia 2011 adalah salah satu acara bertema antarabangsa i-City dengan jumlah kos US$5 juta bagi menyediakan aktiviti untuk belia, keluarga dan kanak-kanak. Antara acara lain yang telah dijalankan di bawah program yang sama adalah sesi suaikenal Dora the Explorer dan Spongebob Squarepants, aktiviti internet dan lain-lain.

i-City yang amat ceria dan bertenaga bakal menjadi tuan rumah ribuan peminat muzik dari Asia dan seluruh dunia, bagi satu malam hiburan tanpa henti. Untuk maklumat lanjut tentang MTV World Stage Live 2011 dan pembelian tiket, layari www.i-city.my dan http://worldstage.mtvasia.com.
MTV World Stage Live in Malaysia 2011 akan dilangsungkan di i-City, Shah Alam, Malaysia pada 24 Julai 2011. Pintu masuk dibuka jam 4.30pm. Acara ini akan disiarkan di MTV SEA (Astro Channel 713) pada Isnin, 8 Ogos, tengah malam (Masa Tempatan)

Picture 4

Tentang i-City
i-City adalah bandar teknologi terkemuka yang terletak di Shah Alam, Malaysia. Bandar perdana berasaskan teknologi ini bersaiz 72-ekar dan terdiri daripada kompleks beli-belah, pangsapuri perkhidmatan, pusat data tier-4, kompleks pejalan kaki dan tarikan rekreasi keluarga. i-City mendapat status Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia Cybercentre dan juga diiktiraf sebagai sebuah destinasi pelancongan Malaysia, terutama atas tarikan lampu malamnya. Menjadi tumpuan 90,000 pengunjung seminggu, i-City bukan hanya lokasi kesukaan, malah menjadi destinasi santai 24 jam. i-City dibangunkan oleh I-Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.i-city.my
Tentang MTV Networks di Asia dan Pasifik.

MTV Networks, sebuah unit Viacom (NYSE: VIA, VIA.B), adalah salah satu pencipta pengisian perdana atas semua wadah media. MTV Networks di Asia dan Pasifik terdiri daripada tiga rangkaian yang mencapai lebih 400 juta rumah. Tiga rangkaian tersebut adalah: MTV, rangkaian televisyen terbesar dunia dan jenama multimedia teratas untuk belia; Nickelodeon, jenama hiburan eksklusif untuk kanak-kanak; dan VH1, rangkaian muzik video yang terus menghubungkan penonton dewasa dengan muzik kesukaan mereka. Di Asia dan Pasifik, MTV dan Nickelodeon juga menyediakan barangan pengguna berjenama, jualan rancangan, dan media digital yang merangkumi 19 laman web, tiga perkhidmatan jalur lebar serta pelbagai wadah bergerak.. MTV Networks di Asia dan Pasifik mempunyai sejumlah 25 rangkaian yang dilihat menerusi sama ada siaran 24 jam atau blok rancangan.

Picture 2

Picture 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti Nur Kasih The Movie

Hunny Madu Launching Debut Album Pulau Janji