in , ,

Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Untuk Sebutan Kes Hadanah Hari Ini

Pelakon jelita, Diana Danielle telah tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada jam 9.11 pagi tadi untuk sebutan kes hadanah atau hak penjagaan bagi dua anaknya.

Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle hadir ke Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam hari ini bagi sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan anak yang difailkan aktres itu pada 23 Mac lalu.

Diana kelihatan tenang berbaju serba hitam tiba kira-kira jam 9.11 pagi, manakala Farid yang memakai baju kemeja putih bersama pengurusnya, Azahari Hamid tiba seminit kemudian.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Farid, 43, hadir dengan ditemani pengurusnya Azhari Hamid berkata, dia mengharapkan sesuatu yang baik pada hari ini.

Malah, dia berharap keadilan akan dapat ditegakkan.

“Saya harapkan keadilan dapat ditegakkan dan saya mengharapkan yang baik-baik sahaja. Insya-Allah,”

– FARID KAMIL

Sebelum ini, peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan anak guamnya itu sudah memperoleh perintah hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak secara interim daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 24 Mac lalu.

Lebih 15 pengamal media pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan.

“Pihak kami memfailkan hadanah itu pada Khamis dan mahkamah membenarkan permohonan Diana, Jumaat lalu. Namun, tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya,”

– Datuk Akberdin Abdul Kader

Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini telah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak mereka yang masing-masing berusia 10 tahun dan 8 tahun kepada isterinya, Diana

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Muda Selangor Hadir Sempurnakan Program Ziarah Ramadhan 2023

DIANA DANIELLE BERTUDUNG

Hak Penjagaan Sementara Diberikan Kepada Diana Sehingga 30 Mei Depan