in , ,

Abang Hidayah Dedah Video Urat Saraf Anak Buah Rosak Terkena Sihir

Sebelum ini, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa terkena sihir.

Sebelum ini media ada melaporkan yang selepas lebih tiga tahun pelawak, Abam Bocey meninggal dunia, balu arwah, Nor Hidayah secara tiba-tiba mendakwa dirinya dan anak Hamzah telah disihir sejak itu.

Dakwaan itu didedahkan Dayah dalam satu video di Instagram yang turut meminta bantuan semua untuk berkongsi pengamal perubatan yang terbaik buat mereka.

Tak Kuat Pegang Sudu Sebab Saraf Rosak

Terbaru! Abang kepada Hidayah, Mohd Azmier pula tampil mendedahkan keadaan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah yang tidak larat untuk memegang sudu ketika makan.

Mana Ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah) biasa tangan kanan sihat sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh, hilang selera Ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan Ayahjang, sanggup kau buat anak Ayah.

Sabar ya sayang, Ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis & melukis memegang macam biasa, orang yang sihir anak Ayahjang ni akan terima balasan Allah.

– Mohd Azmier
Abang Hidayah Dedah Video Urat Saraf Anak Buah Rosak Terkena Sihir

Azmier juga mengatakan sihir yang dihantar juga buatkan anak kepada Hidayah itu sukar untuk tidur malam.

Banyak penderitaan kau (penyihir) buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby kau sihir ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-menangis sampai tidur dia tak normal kau sihirkan, sampai dah besar sikit ni pun kau masih sanggup lagi hantar sihir sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital.

– Mohd Azmier

Bukan tu jer, anak saudara kepada Azmier itu juga mengalami kerosakan pada sistem saraf hasil daripada terkena buatan sihir.

Tambahnya lagi, angkara sihir tersebut juga anak saudaranya terpaksa menanggung derita sehingga merosakkan sistem urat saraf Hamzah.

Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah, apa ucuk aku buat pada kau? Apa dosa dia pada kau?

Sanggup buat dia mcm ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku kau asyik hantar-hantar sihir budak ni sihat je, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku. Sampai dah nak nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih, Budak bukan lawan kau!

– Mohd Azmier

Sementara itu, Azmier berkata dia akan berusaha berikhtiar agar Hamzah kembali sihat dan pulih dari perbuatan syirik serta sihat seperti biasa.

Semoga yang baik-baik saja untuk keluarga ini. Kesian ya anak pun terkena.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YUSOF HASLAM

“Anak Lebih Percaya Orang Baru Hidup Dengannya Dari Ibu Yang Melahirkan,”

HAWA ZIZAN

Zizan Razak Hanya Dianggap Seperti Abang Sahaja Bagi Hawa Rizwana