in

Top 7 Panaskan pentas SHOWDOWN 2011

Top 7 panaskan pentas SHOWDOWN 2011

Petaling Jaya, 8 Jun 2011 – Kerancakan muzik dan gerak tari peserta-peserta Top 8 menghangatkan pentas SHOWDOWN 2011. Suasana di i-City meriah dengan sorakan penyokong-penyokong Top 8 yang membuat persembahan minggu lepas.

Tema “N.K.O.T.B.S.B” ternyata tidak semudah yang disangkakan. Lagu-lagu popular nyanyian ‘boy band’ popular NKOTB dan Backstreet Boys ini mengiringi peserta Top 8 untuk mempamerkan persembahan masing-masing minggu lepas. Ada yang mendapat pujian dari pihak juri tidak kurang juga mendapat kritikan hebat. Minggu lepas juga menyaksikan kehebatan Elocoldxhot yang menguasai pentas SHOWDOWN 2011 apabila memenangi persembahan terbaik dari juri untuk tiga minggu berturut-turut.

sd09#003

Peserta tunggal dari Sarawak Stepholic telah tersingkir pada minggu lepas kerana gagal memberikan persembahan yang baik pada sesi ‘Battle’. Stepholic yang dianggap juri seperti acuh tak acuh dan mengulangi kesalahan yang sama seperti Soulution yang tersingkir pada minggu kedua terpaksa akur dengan kehebatan Blazin’ Squad pada sesi ‘Battle’.

SHOWDOWN merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim ke-dua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.

Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang telah diadakan di beberapa lokasi di Malaysia. Lebih daripada 100 kru telah hadir mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat di adakan dibeberapa lokasi terpilih di Malaysia dan 12 kru terbaik telah dipilih untuk beraksi di pentas SHOWDOWN 2011.

Kini hanya tinggal tujuh (7) kru meneruskan perjalanan dalam SHOWDOWN 2011 bagi merebut gelaran juara SHOWDOWN 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai RM 50, 000!

judges

TOP 7 kru yang akan beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 malam ini ialah Panic, Force 136, Bounce Stepperz, Elecoldxhot, Blazin Squad, HMC Phlow dan Rokusteps.

Tema minggu ini ialah ‘Rock’ di mana peserta Top 7 perlu menari dengan iringan lagu-lagu berirama rock antaranya Muse, My Chemical Romance dan Meet Uncle Hussein. Seperti minggu-minggu sebelumnya, kesemua kru perlu menyahut cabaran ini dan menggunakan kreativiti masing-masing untuk memberikan persembahan terbaik sekaligus meraih undian penonton.

SHOWDOWN 2011 sekali lagi mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo. Minggu ini Noh (Hujan) akan bersam-sama memeriahkan SHOWDOWN 2011 sebagai juri undangan serta artis undangan James Baum yang bakal menghiburkan penonton.

“Setiap minggu kita terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal kepada kru-kru yang tersingkir dan minggu lepas kita telah menyaksikan pemergian Stepholic dari pentas SHOWDOWN 2011. Anak-anak muda dari Sarawak ini cukup berbakat dan saya percaya SHOWDOWN 2011 telah memberikan platfom yang baik untuk mempamerkan bakat mereka,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Kita dapat lihat masing-masing mempunyai semangat untuk menang dalam pertandingan ini dan bersungguh-sungguh mempamerkan sesuatu yang kreatif untuk khalayak. Saya bangga dan berterima kasih dengan komitmen yang diberikan oleh kesemua kru SHOWDOWN 2011.

SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dan juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.

HMC Phlow

SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru penari jalanan Malaysia di dalam SHOWDOWN 2011 di mana aksi tarian sebenar berlaku.

SHOWDOWN 2011 telahpun ke udara pada 6 April 2011 yang lalu, setiap hari Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif hanya di stesen hip 8TV. Bermula pada 4 Mei 2011 SHOWDOWN 2011 akan bersiaran secara LIVE dari Ruang Terbuka (bertentangan dengan Snowalk) di i-City Shah Alam dan di sinilah segala-galanya bakal bermula.

Setiap minggu penonton akan dapat berkongsi rasa suka duka perjalanan kru-kru ini dan mengalami debaran akan pengumuman empat (4) kru yang mendapat undian SMS paling bawah yang ditentukan sendiri ditangan rakyat Malaysia. Empat (4) kru ini akan berhadapan dengan situasi BATTLE, di mana mereka perlu bertarung dengan skil tarian masing-masing untuk memenangi hati juri. Kru yang lemah akan dihantar pulang.

Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD KOD KRU ke nombor 33399. Jika anda ingin mengundi secara pukal, taip SD 5 or SD 10 KOD KRU ke 33399.

guest artist - james baum

Untuk mengikuti kisah-kisah sebalik tabir dan mengenali kru TOP 12, mendapatkan gosip-gosip dan info-info terkini, jangan lupa menonton SHOWDOWN 2011 Diaries…From the Streets yang akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30 malam bermula 3 Mei 2011.

Jika anda ingin menyaksikan dan mengalami sendiri trauma bagaimana kru-kru ini beraksi di hadapan anda, dapatkan tiket masuk ke persembahan `LIVE’ setiap minggu di sekitar seri jelajah untuk tujuan promosi di tempat-tempat berikut di bawah:

17/6/2011 1pm-2pm Top 5 # School visit @ TARC
(Fri)
25/6/2011 2pm-4pm Top 4 # Mall Show@ Pavilion
(Sat)
30/6/2011 1pm-2pm Top 3 # School visit @ Segi College
(Thu)
1/7/2011 12pm-2pm Top 3 # School visit with 8TEAM @ LimKokWing
(Fri)

Anda juga boleh mendapatkan tiket SHOWDOWN 2011 dari kumpulan bergerak 8Team, dengan menonton 8TV Quickie ataupun melawati laman Facebook SHOWDOWN 2011. Selain dari itu, anda juga boleh datang sendiri ke Pondok Pengawal di Sri Pentas, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Tiket-tiket boleh didapati dari jam 10.00pagi hingga 12.00 tengahari atau 2.00 petang hingga 5.00 petang bermula pada 30 April 2011.

Saksikan kehebatan gerak tari energetik, teknik `spin’ dan stunt yang akan mereka pamerkan khas buat peminat-peminat dan mereka yang ingin mengenali mengenai tarian jalanan. Semua ini dapat anda saksikan hanya di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708.

force 136 (2)

Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/ .

Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini? Anda bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat kru TOP 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand. Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegemaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2011, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, `Meltdown’ & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif `The Flippin Tournament’ dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my. Apa yang lebih menarik lagi SHOWDOWN 2011 boleh ditonton oleh peminat dari luar negara menerusi www.tonton.com.my. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/8TVshowdown.

Kini anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda di m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda! Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011.

Andakah anda seberani mereka?

SHOWDOWN 2011 – TOP 7 LIVE SHOW

THEME : ROCK

JUDGES : MAPLE LOO (ML), JOE FLIZZOW (JF)

GUEST JUDGE : NOH (NH)

BLAZIN SQUAD (BSQ)

Song : Marabahaya – Pop Shuvit & Project E.A.R

ML : Blazin Squad I’ve always liked your energy, and I think tonight your energy was blazin’! You were hyping the crowd.  Altho’ im not too crazy about your choreography, masih timing itu ada banyak masalah and you are not in sync.the energy was good la, impact itu ada.

NH : Aku enjoy giler you punya show. So far opening the best! Thank you.

JF : Ok Blazin Squad saya harus beri pujiaan, pengunaan pentas yang baik. A lot of improvement. Saya tengok crew awak memang dari awal, ada sedikit improvement dari minggu ke minggu. Bagaimana pun saya rasa permulaan set awak  tak berapa happening la, tapi penhabisan yang bagus. So overall it was alright.

FORCE 136 (FRC)

Song : Are You Gonna Go My Way – Lenny Kravitz

ML : OK sebernayan I banyak nak coment, tapi malam tak cukup masa la. Anyway it was very messy to me, there was no structure in your choreography.  You guys masih tak faham choreography, apa maksud choreography. Tak ada structure, lepas itu tak dance together.  You guys are not in sync. Now the difference is do you guys want to be good or do you guys want  to be great? That’s the questions you want to answer

NH : Saya rasa kamu orang boleh bagi lagi kot. Cuma yang spinner saya suka style you la.

JF : Force 136 seperti biasa set anda banyak power moves, banyak variasi yang saya dapat lihat daripada show show sebelum ini la. Itu mungkin suatu yang positive, macam formation yang awak buat tu, for me that looked very good you know, on camera it will look very good. Cuma kalau boleh, saya rasa Maple nak lihat more of that. You proved you can do it for 10 seconds lets see if you can do it for 2 minutes ok.

ELECOLDXHOT (ECX)

Song : Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussein

ML :  First of all, I have to say that was such a bloody hard song to choreograph to. But you guys nailed it! And I love it that you’ve injected the lyrical bit into the choreo, u know. I mean it’s crazy what you can imagine. It’s your imagination and your ideas. Your obsession with perfection! You always try to be perfect. Bravo guys.

NH  :  Satu perkataan je, Dashyat!

JF: Dua perkataan je..Memang dashyat! Good show tonight, very fluent movements. As usual, your character comes through. When you guys perform you guys are like set free on stage. We saw that again, week in and week out. Good job guys!

ROKUSTEPS(RKS)

Song : Smells Like Teen Spirit – Nirvana

ML : Wei guitar tu betul ke? Anyway, I can see that you guys were dancing your hearts out. As usual I know you guys are bboys trying to dance, but you were really dancing your hearts out. Now the thing is, sometimes you have more style over content, becareful. And I can still see that you guys are not in sync, so as a crew itu la disadvantage-nya, coz you are not dancing in sync. So when you work on your choreography together, when you rehearse, you have to look for those little things that make you gel as one. So that’s what I see still lacking.  But otherwise, the impact you created, the energy was good.

NH  : Aku pun tak pernah pecah guitar bila perform. Kira dashyat la, tapi boleh lagi kot.

JF : Rokusteps got fans la eh? Minggu ini saya nampak pertama kali di SHOWDOWN ya Rokusteps macam betul betul nak menang SHOWDOWN ini. Meaning, selama ini kamu orang macam simpan, tapi hari ini you guys betul betul lepas. I just wana take from what Maple just said, when you guys release your anger like that, its very important to maintain a choreography, synchronization with your whole crew and semua bergerak sebagai satu crew. Tapi, overall this was a very good show. I liked it.

BOUNCE STEPPERZ (BOS)

Song : Super Massive Black Hole – Muse

ML : Now I can see that SHOWDOWN has finally brought the beast in you. Bounce Stepperz I hope Malaysia sees this now, that you are the most versatile crew in this competition. And every single week you put such effort in making your show different and making your show so visual. And you know you have such talent in putting on a good show. You know what it takes to put on a good show. You are such a precious addition to our dance industry, I think. We would love to have you maintain in the dance industry because you are redefining our standards. Really nice show. I really really hope you get lots of votes tonight.

NH : Kamu orang rojakan traditional dengan modern dance kira berjaya la, saya suka la. Best sangat.

JF : Saya nak cakap benda ini kerana saya rasa mungkin tak ada peluang nak cakap minggu minggu lain. Kau orang memang binatang la. Saya suka show awak, ada elemen-elemen theatre, ada elemen traditional dan pengunaan prop yang baik. Cuma saya rasa energy level boleh kuat lagi. Maybe you guys were using masks and had props and all and you were a bit focused on that, but the energy level could have been a lot more.

PANIC (PNC)

Song : Knock Out – Lil Wayne & Nicki Minaj

ML : Girls I like your story telling. That was a good idea. Especially the mirror effect with the twins. That’s very clever. And I like your expression and I really like it that you take your performance to very experimental places and you look good doing it. So good Job

NH : Saya rasa show yang creative dan amat-amat menghiburkan. Saya amat-amat terhibur.

JF : Alright Panic, last week I was a bit critical of you guys, but this week its not going to be the same, I really liked your set. I like how you guys manage transform the look of your crew week in and week out. That means you really go to lengths to think of concepts, and this concept right here was really really good. That was a good show.

HMC PHLOW

Song : Sing – My Chemical Romance

ML : You know you guys tonight I see a very different kinda energy coming out you’re your performance. You were doing something that was not what you do normally. And you did it so perfectly well. It really worked. And your creativity comes from such a natural place, your conscious and your subconscious, that is really special, that is something that you have that is really special. So I think that you are seriously cutting it guys, seriously. Great job!

NH : Aku tak tahu nak cakap apa la. Best la. Best giler.

JF : Persembahan yang sangat sangat Dinamik. Minggu ini saya nampak HMC Phlow lebih focus, lebih pantas. Difficulty level set tadi pun saya nampak lebih susah dari minggu minggu sebelum ini. Saya memang  gembira nampak HMC Phlow ganas macam ini.

BOTTOM 4 BATTLE

Panic vs Rokusteps

ML : Actually this is my most favourite battle. I think like Rokusteps you’ve got the esthetics and drama and the sense of humour with the b-pattern, but Panic wow, you guys are compared to shock! Orange your technique you’re amazing. Good Luck guys.

JF : Once again, this right here is SHOWDOWN, where else can you see a group like Panic, battling a group like Rokusteps. And don’t get it twisted, what these girls did just now, like some of those cartwheels were so crazy like to the point, its technically just as hard as what bboys have to go through with the power moves and all. This might be a bit controversial, but me and Maple both agree that we are giving this battle to Panic.

Force 136 vs Blazin Squad

JF : Very technical battle. Ikno yo guys because you know your opponent so well you keluarkan barang barang yang jarang keluar la. We really enjoyed the battle. Very clean, that’s the best thing about this battle. I got to say for me Blazin Squad, Pusat you really impressed me today. I think you had one of the best throw downs of the night. Very clean combo. Force 136, Busu, what can I say man, what can I say? You seem to have the ability to fly in the air whenever you want to.

ML: I must say you guys battle so well bboys style with you musicality. Your musicality is on point. And I must agree, Pusat you are so amazing. Busu and Amy as well, you are fantastic bboys. But for this battle we’ve agreed that Blazin Squad you have made it.

Rokusteps vs Force 136

JF : We got two very able crews on stage. Sadly one crew has got to go home. I just wana say this, even though your journey here at SHOWDOWN 2011 ends tonight, as dancers you still have a long way to go. Rokusteps you guys are great bboys but when it comes to your weekly performances and choreography, masih banyak kelemahan and there’s always room for improvement. Force 136, individually you guys have some of the best bboys this competition has seen. But, as a unit you don’t seem to be able to bergerak sekali and that is what SHOWDOWN is all about. The performance and the choreography is more important than the battle itself. So because of that Force 136, tonight you guys are going home.

Next weeks theme:  Street Flava

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes FastCompany.com 10 Most Creative People on Twitter

The Smartphone Rocked the Tech Universe Hits Malaysia