in , ,

Farid Kamil Bangkitkan Isu ‘Petik Cili’ Sehingga Aurora Dikatakan Trauma

Setelah agak lama tidak berjumpa dengan kedua-dua anaknya, akhirnya pelakon popular Farid Kamil dapat bertemu dengan anak sulungnya, Muhammad.

Menerusi kejadian yang disiarkan di dalam rancangan hiburan Melodi, Farid bagaimanapun tidak mendapat kebenaran untuk bertemu seorang lagi anaknya iaitu Aurora.

“Alhamdulillah akhirnya dapat juga berjumpa anak saya walaupun seorang. Saya mengikut arahan peguam yang membenarkan saya datang mengambil anak-anak dan barang keperluan saya di rumah kelamin.

“Sudah tertera di dalam surat yang menyatakan saya boleh masuk dan mengambil anak-anak. Saya masih tertanya-tanya kenapa saya tidak dapat berjumpa mereka semua, sudah tentu saya berasa sedikit kecewa,” jelasnya.

Farid Kamil Bangkitkan Isu ‘Petik Cili’ Sehingga Aurora Dikatakan Trauma

Farid berkata, dia telah mendapat surat daripada pihak peguam Diana Danielle dan dimaklumkan hanya dibenarkan berjumpa Muhammad sahaja.

“Saya dapat surat lawyer pihak sana kata saya tak dibenarkan jumpa anak di rumah. Bila saya dapat saya hanya dapat jumpa Muhammad, Aurora tidak bersedia untuk jumpa kerana masih trauma dengan insiden petik cili.

“Apa yang dimaksudkan insiden ‘petik cili’ ini Aurora trauma. Pasal ‘petik cili’ ini Diana kena explain betul-betul Pada saya dan semua orang,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai ‘petik cili’, Farid memberitahu bahawa dia mendapati anaknya, Aurora telah pergi ke rumah jiran dan memetik cili di pokok rumah tersebut tanpa kebenaran.

Farid berkata, dia nampak perbuatan anaknya itu dan sebagai ayah dia telah memberitahu Aurora bahawa perbuatan tersebut adalah salah.

“Saya cakap kat Aurora ‘you buat kerja salah, masuk rumah orang, ambil barang orang consider mencuri. Dont’ do this’. Saya tanya siapa ajar, dia jawab tiada siapa yang ajar.

“Saya pun denda dan tanya Aurora nak kena rotan atau nak berdiri kat dinding? Dia pilih untuk pergi ke dinding dan ketika menjalani denda tersebut, Diana sampai dan dia tidak puas hati apa yang saya buat kat Aurora,” jelasnya.

Menurut Farid, dia cuba menerapkan didikan agama seperti yang diterimanya daripada keluarga, tetapi ia tidak dapat diterima isterinya.

“Yang tidak mengetahui saya harap insiden petik cili ini di mahkamah boleh dipercepatkan didengar justifikasi.

“Dekat 30 hari nombor telefon saya disekat daripada berhubungan dengan mereka. Sekurang-kurangnya tak dapat jumpa dua-dua anak saya, dapat jumpa Muhammad pun dah cukup,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sedih Dikecam Netizen, Aliff Syukri Minta Jangan Kecam Isteri Sedang Hamil

FARID KAMIL

Farid Kamil Kongsi Video Bertemu Muhammad di Masjid Negara