in , ,

“Sarah & Ira Adalah Kekuatan Saya. Ini Satu Ujian Hidup,” – Syamsul

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar adalah kekuatannya serta menyifatkan kemelut rumah tangga dihadapi ketika ini adalah ujian daripada Allah.

Memetik Utusan Online, dalam sidang media baru-baru ini Syamsul berkata emosinya dan isteri kedua masih terkawal dengan memperbanyakkan solat.

“Baik Sarah atau Ira, kedua-duanya adalah kekuatan saya. Ini adalah satu fasa ujian dalam hidup. Apa yang masyarakat luar cakap, seburuk mana pun kecaman, kita kena kuat.

“Saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku dengan Ira. Mestilah, kami suami isteri. Ketika sedang makan, berbual tentang dugaan yang perlu kami tempuh bersama. Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat. Ujian Allah beri kan,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan Ira membuat akaun palsu untuk menganggu keluarganya serta meluahkan rasa syukur isteri keduanya itu mendengar kata.

“Saya minta maaf. Alhamdulillah, isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja. Pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?

“Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat? Bukan saya nak‘back up Ira. Cuma sejauh mana kebenaran,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-2 Buat Neelofa & Haris

BKAY NAIR

Bkay Nair Anjur Kutipan Dana Untuk Bantu Anak Sindrom Down