Terbaru, adik kepada Afiq Muiz iaitu Siraj Azman pula tampil membuka mulut membela abangnya. Menerusi satu entri, Afiq turut berkongsikan skrin perbualan didakwa antara isterinya dengan individu lain.
Diruangan komen perkongsian itu, adik Afiq menempelak kenyataan Pachara yang mendakwa terpaksa menanggung Afiq yang tidak bekerja.
Dakwa adik perempuan Afiq itu lagi, Pachara meninggalkan abangnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada pekerjaan sedangkan Afiq sudah berhabis puluhan ribu ringgit untuk isterinya itu.
Bukan itu saja, adik Afiq mendakwa kakak iparnya itu pernah memaki ibu mereka kerana membuang gambar Jesus yang nak diletakkan di dalam rumah abangnya.
Semalam, Pachara mendedahkan sepanjang berkahwin dia yang terpaksa keluarga bekerja untuk menampung kehidupa mereka suami isteri.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Pachara mendakwa sementara dia keluar bekerja Afia hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain game.
Menurut Pachara lagi, dia menyesal menarik semula laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya pelakon itu akan berubah.