Memetik Kosmo, Elizabeth berkata dia sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu meskipun sedar dengan kesibukan suaminya yang bekerja di hospital.
“Tahun ini, saya dan suami cuba untuk dapatkan ‘baby’. I cannot wait (saya tak sabar). Lizzy tak sabar. Saya dah suami masih tinggal berasingan. Tapi, mungkin dalam seminggu, empat lima hari dia akan datang rumah saya.
“Tapi, saya dah cakap dengan suami kalau saya dah hamil nanti, dia kenalah tinggal bersama dengan saya. Takkan saya nak jaga anak seorang diri (ketawa). Macam tak logik benda itu,” katanya.
Dalam pada itu, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy mengakui dalam kehidupan berumah tangga pasti hubungan suami isteri itu ada pasang surutnya dan bergaduh kerana salah faham. Malah, Lizzy mengakui bimbang ditambah banyak kes bercerai disebabkan orang ketiga.
“Orang tengok kami manis apa semua dalam media sosial, di belakang, mereka tak tahu kami sama juga macam orang lain ada bergaduh besar-besar.
“Banyak kali gaduh teruk. Masalah rumah tangga, biasalah (bergaduh). Dengan situasi sekarang (ramai orang bercerai disebabkan orang ketiga), saya bimbang sebenarnya.
“Suami saya kerja di hospital. Dia jumpa ramai orang setiap hari. Kadang-kadang, apabila saya telefon dia tak angkap, saya mesej tak berbalas, saya pun jadi ‘insecure’ (berprasangka).
“Tapi, setakat ini, rasanya tak ada isu . Saya pula tiadalah nak pantau dia kat mana 24 jam. Kalau saya perangai begitu, saya rasa saya kena cerai nanti (tertawa) sebab dia memang tak layan benda macam itu,” katanya.
Terdahulu, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan secara ringkas dengan Siew Jim di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021.