Apa yang menjadi perhatian, pengguna Twitter itu berkongsikan video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz yang berada di meja hadapan.
Dapat dilihat, pelajar tahfiz itu dilihat berpaling daripada melihat pentas utama seperti kurang selesa melihat persembahan tersebut.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat persembahan tersebut kurang sesuai apatah lagi dengan kehadiran anak-anak tahfiz meskipun kumpulan penyanyi itu tampil berpakaian sopan.
Di ruangan komen pula, ramai yang berpendapat bahawa kehadiran anak-anak tahfiz itu sepatutnya lebih baik diraikan dengan lagu-lagu ketuhanan.
Ada juga netizen yang faham situasi yang dilalui pelajar-pelajar tahfiz itu apabila semua dari mereka mengalihkan pandangan daripada persembahan tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan pihak penganjur seolah kurang sensitif. Malah, ada netizen mengatakan mereka ‘faham’ apabila anak-anak tahfiz itu memalingkan pandangan ke tempat lain.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat persembahan kumpulan Dolla itu tidak keterlaluan dan pakaian yang ditampilkan juga sopan.
Apa pandangan korang? Bulan-bulan puasa ni panggillah kumpulan nasyid betul tak?