in ,

The Coffee Bean & Tea Leaf® Jemput Rakyat Malaysia Teroka Menu Baharu 

Sempena Ramadan dan Hari Raya tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengundang rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya dengan memperkenalkan minuman dan menu bermusim yang serba baharu.

Bagi mereka yang mendambakan pengembaraan rasa yang memikat dan penuh kejutan, biarlah keistimewaan kemanisan, rempah-ratus, dan segala yang indah menjadi panduan anda.

“Riuh dan meriah dengan pelbagai juadah, bazar Ramadan telah menjadi satu tradisi yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia. Mendapat ilham dari acara ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® juga ingin meraikan semangat eksplorasi pelbagai rasa yang turut menjadi ejen pengerat silaturahim” ujar , Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.

“Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, kami ingin membawakan juadah-juadah yang menarik dan pelbagai, diilhamkan oleh citarasa orang ramai di dalam dan di luar negara. Apa pun yang menjadi pilihan hati, kami ingin mempelawa anda untuk menikmatinya bersama insan tersayang berlatarkan kemesraan suasana kafe kami,” ujarnya lagi.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Rakyat Malaysia Teroka Menu Baharu

Sempena musim lebaran ini, minuman buatan tangan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pasti akan menggamit selera anda, selain menawarkan pelbagai pilihan untuk sesi iftar anda.

Pilihan kopi bermusim kami terdiri daripada Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee (kecil RM15.90, biasa RM16.90) dan Cardamom Oat Milk Macchiato (panas/ais) (kecil RM19.50, biasa RM20.50).

Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, rempah ini menambah kekayaan rasa minuman ini. Pada masa yang sama, Cardamom Oat Milk Macchiato turut mempelbagaikan lagi barisan minuman berasaskan tumbuhan yang disediakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Rakyat Malaysia Teroka Menu Baharu

Pencuci mulut ikonik yang juga boleh diminum, Ice Blended® turut menyaksikan anggota baharu sempena musim yang mulia ini, iaitu Mangoes & Cream Ice Blended® (kecil RM17.90, biasa RM19.50).

Akhir sekali, peminat Cold Brew Tea boleh menikmati Mangoes & Cream Cold Brew Tea (kecil RM 16.90, biasa RM18.50) untuk musim lebaran ini. Minuman ini akan disajikan dengan whipped cream, menjadikan setiap hirupan lebih mulus dan enak.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Rakyat Malaysia Teroka Menu Baharu

Bermula dari 22 Mac 2023, jenama kopi popular ini turut membawa kembali santapan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu kek span berperisa pandan dan gula Melaka, diberi nama The Straits. Ia diiringi dengan satu lagi pencuci mulut yang kaya dengan warisan negeri Melaka, iaitu kek suji bernama Pine-Lemon Sugee.

Di samping itu, penggemar coklat atau buah-buahan, anda juga boleh memesan kek Midnight Chocolate dan Mangoes & Cheese Tart. Selain itu, ada juga Baklava Delight, Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma (disediakan di kafe-kafe terpilih sahaja* atau melalui pra-pesanan dalam talian).

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Rakyat Malaysia Teroka Menu Baharu

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah memperkenalkan set sarapan pagi berasaskan tumbuhan pada awal bulan ini menerusi kerjasama dengan Phuture Foods dan Oatside. Juadah yang lazat dan berkhasiat dihidangkan bersama latte susu oat, set hidangan ini sarat dengan khasiat tumbuhan yang anda pasti ingin rasai!

Bermula hari pertama bulan Ramadan sehingga 21 April, rebut promosi Ramadan Late Night Dessert Special (tertakluk kepada terma & syarat) untuk menikmati pencuci mulut secara percuma dengan setiap pembelian dua minuman buatan tangan dari jam 8 malam sehingga tutup.

Selain minuman dan menu baharu, pelbagai koleh dan tumbler daripada siri barangan Groovy Gulls juga akan disediakan, dapatkannya di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertempuran Minggu Kedua Dapur Tempur Ra-Ra Diteruskan Lagi Ahad Ini!

SAUJANA SITI NORDIANA

Saujana & Siti Nordiana Bergabung Suntik Nafas Baru KELUARGA BAHAGIA