Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy menyedari perkara itu apabila jumlah ‘likes’ yang diterima di media sosial semakin berkurang berbanding sebelum berkahwin.
“Saya lihat engagement di media sosial, dulu kalau satu post sahaja boleh dapat 100 ribu likes sekarang maksimum 20 ribu likes jadi nampak sangat turun.
“Tapi kita kena terima sahaja sebab takkan saya tak kahwin sampai bila-bila.
“Tapi mungkin semua ni takdir tuhan jadi saya percaya apa yang terjadi dalam hidup adalah sebab masa yang ditetapkan oleh tuhan,” katanya.
Menurutnya, dia masih tidak tinggal bersama suaminya, Ding Siew Jim kerana memilih untuk tinggal bersama ibu bapa sendiri.
Namun, mereka merancang untuk tinggal bersama jika dirinya hamil satu hari nanti.
“Saya harap peminat masih sayangkan Lizzy walaupun dah kahwin, saya masih orang yang sama.
“Kami pun tidak tinggal satu rumah pun. Dia duduk dengan mama dia. Lizzy duduk dengan mama saya.
“Kalau saya pregnant, memang saya akan minta dia stay more dengan Lizzy tapi dia cakap dia masih nak balik dekat rumah mama dia once in a while.
“Sebab dia pun bekerja untuk mama dia so, dia balik rumah tu untuk buat kerja,” jelasnya.
Mengulas tentang isu ‘penyondol’, dia sudah memberi peringatan kepada suami jika berlaku curang, dia akan mengadakan sidang media untuk mendedahkan perkara tersebut.
“Saya cakap kat dia kalau dia curang dengan saya, saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu dia curang dengan saya serta saya akan dedah muka dia dengan perempuan tu.
“Reaksi dia cuma biasa sahaja, jadi harap-harap dia takkan buat perkara macam itulah,” ujarnya secara bergurau.