Pensil Melakar Sejarah, Habis Penggambaran ‘6 Hari’
PENSIL, yang tarikh tayangannya telah di tetapkan pada hari ini (12 Jun 2008), telah melakar sejarahnya tersendiri, apabila proses penggambarannya hanya mengambil masa ‘6 hari’ di sekitar Oktober 2007.
Menurut penerbitnya Surenthar dari GENIUS PARADE SDN. BHD. (GPSB) berkata, punca utama filem pensil yang hanya mengambil masa ‘6 Hari’ penggambaran, adalah kerana kekurangan bajet. Namun hasil kerjasama tenaga kerja Pengarah Filem (M. Subash) dan Pengarah fotografi (Indra Che Muda) yang pandai menyusun jadual pengambaran, bajet yang memadai sudah cukup untuk menghasilkan filem yang penuh dengan nilai-nilai moral dan kemanusiaan.
Di samping itu, shot-shot yang berkonsepkan ‘natural’ dan ‘one-take’ membantu mengurangkan belanja ketika penggambaran dijalankan. Pengarah (M. Subash) yang juga pelakon didalam filem ini meringankan proses penggambaran apabila beliau memegang watak utama didalam filem ini. Walau bagaimanapun, watak sebagai seorang yang cacat, adalah watak yang sukar untuk dibawa. Menurut M. Subash, PENSIL merupakan suatu cabaran mental dan fizikal, apabila perlu mengarah, melakonkan watak utama, menulis skrip dan menulis lirik lagu tema, dalam masa yang sama.
Persediaan 2 bulan lebih awal dengan ke lokasi beberapa kali sebelum penggambaran dijalankan, mempercepatkan proses mereka set, yang membawa kepada proses penggambaran yang berjalan dalam jangka masa yang singkat. Penduduk setempat yang banyak memberi kerjasama ketika penggambaran dijalankan, adalah ‘kekuatan’ didalam proses pembikinan filem ini.
Jangan lupa untuk menonton filem yang memaparkan kisah realiti masyarakat yang paling sedih 2008 di pawagam mulai hari ini!
[tags]pensil film, shootin pensil, genius parade, sahabat, indra che muda, sinematografi terbaik[/tags]