in , ,

“Saya Dengan Anak Rapat, Tak Tahu Apa Yang Aurora Trauma” – Farid Kamil

Pelakon Farid Kamil berkata dia tidak tahu mengapa dia dihalang berjumpa dengan anak-anak sejak 23 hari lalu dan tidak tahu apa yang anak perempuannya, Nur Aurora trauma.

Memetik BH Online, Farid berkata dia dia mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua anaknya serta meminta media bertanyakan kepada Diana mengapa dia halang berjumpa dengan anak-anak.

“Saya tidak tahu apa yang Aurora trauma kerana hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak.

“Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang daripada berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana,” katanya.

FARID KAMIL

Dalam pada itu, Farid berkata dia juga tidak tahu di mana keberadaan kedua anak-anaknya sekarang.

“Saya memang rindu pada anak-anak tetapi apa yang saya boleh buat? Hanya kepada Allah, tempat saya mengadu.

“Saya mendapat taufik dan hidayah ketika mengerjakan umrah dan ziarah, baru-baru ini. Dari situ saya dapat meningkatkan tahap kesabaran yang ada pada saya sekarang,” katanya.

Semalam, pelakon Diana Danielle mendakwa anak bongsunya, Nur Aurora dikatakan trauma namun aktres itu enggan menjawab punca anaknya itu trauma.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah

Trend Raya 2023 Tampilkan Kelengkapan Raya, Persembahan & Hadiah