in , ,

Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah

Pelakon Bella Astillah berkata dia sudah memaafkan Sophia Albarakbah yang didakwa cuba mengganggu keharmonian rumah tangganya.

Memetik BH Online, isteri kepada Aliff Aziz itu bagaimanapun menegaskan dia tidak akan melupakan perbuatan Sophia.

“Saya sudah pun memaafkan demi memperbaiki rumah tangga dan ketenangan diri walaupun sangat sukar. Justeru, saya banyak melakukan aktiviti bersama Aliff dan anak-anak. Dengan harapan, tidak akan ada lagi masalah yang timbul.

“Namun, saya sedar tidak boleh lari kerana ujian akan berterusan. Jujurnya, saya sangat takut menghadapinya,” katanya.

Mengulas mengenai pengakuan Sophia sebelum ini yang mengakui sudah mempunyai teman lelaki, Bella mendoakan hubungan aktres itu kekal hingga ke jenjang pelamin.

“Sebenarnya sama ada sudah memiliki teman lelaki atau wanita, ia sama macam kita sudah ada isteri atau suami. Boleh sahaja nak ada skandal lain, betul tak? Apapun semoga Sophia bahagia, kekal hingga ke jenjang pelamin dan jannah. Insya-Allah.

“Dan harapnya selepas ini tiada cerita sama timbul. Tetapi, apa yang mahu dilakukan di luar kemampuan kita,” katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita yang tersuka dengan Aliff Aziz malah berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya.

Aliff turut mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya adalah Sophia Albarakbah yang bergandingan dengannya dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MICHELLE MAALI

Viral di Tiktok, Michelle Penyanyi Jerman Hasilkan Lagu Raya Melayu

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

“Saya Dengan Anak Rapat, Tak Tahu Apa Yang Aurora Trauma” – Farid Kamil