in , ,

Syamsul Yusof Mahu Saman, Ini Respons Farid Kamil “Saya Tak Kenal Siapa Dia,”

Pelakon Farid Kamil enggan membuka mulut mengenai saman yang bakal dibuat pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap dirinya.

Hal ini susulan Farid dipercayai menyindir dan mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana sebelum ini yang dipercayai merujuk kepada isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle.

Lebih panas, muat naik Farid itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan pernah dipukul oleh suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.

Farid ketika ditemui XTRA bagaimanapun memberikan jawapan sinis dengan memberitahu media bahawa dia tidak mengenali pengarah terbabit.

“Saya tak kenal siapa dia,”

– FARID KAMIL

Syamsul pada sidang media khas minggu lalu memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon filem Lagenda Budak Setan itu kerana dianggap tidak matang.

Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjalin cinta sekitar 2005 sebelum hubungan itu terlerai pada penghujung 2008.

Diana kemudian bercinta dengan Farid sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga

ANDMESH KAMALENG CONCERT

Konsert CINTA LUAR BIASA Andmesh Kamaleng di KL Pertengahan Tahun Ini