Namun, ada segelintir netizen yang memuji serta mengagumi sikap Mizz Nina yang memilih untuk berdiam diri selepas bercerai dengan penyanyi, Noh Salleh.
Baru-baru ini, Mizz Nina ada memuat naik video mempromosikan satu jenama telekung di Instagram. Diruangan komen, ada netizen mengatakan Mizz Nina antara selebriti yang yang paling disegani dari segala aspek.
Komen individu itu mendapat reaksi daripada netizen lain yang turut bersetuju serta memuji sikap Mizz Nina yang rendah diri dan berdiam diri walaupun berdepan isu rumah tangga sebelum ini.
Terdahulu, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi satu kenyataan di Instagram masing-masing pada 4 Ogos tahun lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.