in , ,

“Tak Kiralah Baik Dengan Keluarga Sana, Tapi Jangan Biar Ibu Menangis,”

Sempena kedatangan bulan Ramadan ini, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berharap bulan rahmat ini dapat menjentik hati anaknya, Syamsul Yusof.

Yusof mengakui sedih apabila Syamsul menganggap nasihat seorang ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai satu racun.

“Pada bulan Ramadan yang baik ini saya harap kita semua dekatkan diri dengan Allah, jauhkanlah hati daripada berprasangka buruk terhadap orang lain terutama emak sendiri.

“Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata hati ibu akan sejuk apabila seorang anak itu datang dan meminta maaf serta meminta supaya tidak membiarkan sendiri menangis.

“Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.

“Tidak kiralah dia mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga sana, tapi jangan biarkan ibu sendiri menangis,” katanya.

Sementara itu, Yusof enggan mengulas tuduhan syamsul mengenai kecurangan Puteri Sarah serta gesaan isterinya meminta anaknya menceraikan Puteri Sarah.

“Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ibu Cakap Saya Kena Sihir, Tapi Saya Buat Solat Istikharah” – Syamsul

NOH HUJAN

Konsert Patah Hati Berjaya Hiburkan Penonton dengan Lagu Cinta Galau