Dalam sidang media semalam, Syamsul berkata ibunya tidak tahu hal sebenar serta berharap hanya masa yang akan menjernihkan kembali hubungan mereka.
“Dia (Patimah Ismail) sebagai ibu saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media.
“It’s okay (ibu saya menyokong Sarah). Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul turut memohon maaf kepada ibunya apabila membuat keputusan berkahwin dengan Ira Kazar dan mengatakan bukan Ira yang menganggu sebaliknya dia yang membuat keputusan tersebut.
“Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah) sekarang ini, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu.
“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat.
“No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Saya lelaki dan saya ada buat istikharah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan.
“Sekiranya agama kata meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib berkahwin, ya saya akan berbuat begitu. Namun, saya memikirkan antara saya dan Tuhan. Apa yang patut saya buat,” katanya.