in , ,

“Saya Tak Pernah Walau Sekali Pukul Dia” – Syamsul Yusof

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menyangkal dakwaan bahawa dia pernah memukul isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Kata Syamsul, dia tidak percaya yang Puteri Sarah tergamak mengeluarkan dakwaan sebegitu daripada mulutnya.

“Dia telah fitnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini?

“Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi hulk ketika itu ke?

“Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya juga mengakui perkara itu tak pernah berlaku.

“Saya ada anak perempuan, ada ibu dan isteri-isteri yang amat saya sayangi serta hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan,” katanya.

Malah, Syamsul turut menjelaskan bahawa dia telah banyak kali cuba untuk mengajak isterinya itu untuk berbincang namun permintaannya ditolak.

Kongsinya lagi, Puteri Sarah seringkali memintanya untuk diceraikan atas alasan dia mempunyai orang lain.

Syamsul ditemui di sidang media tergempar yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu.

“Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.

“Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nafi Dakwaan Persetubuhan Luar Nikah, Ira Kazar Bakal Saman JAWI

BAELON

Mahu Pendengar Rasa Gembira, Baelon Tampil Dengan Single FREKUENSI