in , ,

Nafi Dakwaan Persetubuhan Luar Nikah, Ira Kazar Bakal Saman JAWI

Pengarah, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan pesetubuhan luar nikah.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan dia turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Tambahnya, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah.

“Minta maaf cakap, Jawi ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.

“Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah.

“Dan, Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” jelas Syamsul kepada media.

SYAMSUL YUSOF

Syamsul ditemui pada sidang media tergempar di ibu kota, hari ini.

Tambah pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, dia masih sayangkan isteri keduanya, Puteri Sarah.

“Saya masih lagi suami Puteri Sarah. Saya masih sayangkan dia dan masih berharap dapat berbincang dengannya berkaitan konflik rumah tangga.

“Pada masa sama, ini juga sebagai satu teguran buat Puteri Sarah bahawa saya masih suaminya!,” ujarnya lagi.

Selain itu, Syamsul melalui peguamnya dikenali sebagai Amar berkata, isteri kedua aktor itu iaitu Ira Kazar juga bakal mengenakan tindakan saman terhadap Jawi.

Semalam, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan memberitahu tuntutan dibuat bukan sebab mahu membalas dendam, sebaliknya menyelamatkan rumah tangga.

Dalam tuntutan nusyuz tersebut, Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan suami orang.

Rentetan itu, Puteri Sarah pula membuat serangan balas apabila mendedahkan suaminya dan madunya Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pejam Celik Pejam Celik Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok

SYAMSUL YUSOF

“Saya Tak Pernah Walau Sekali Pukul Dia” – Syamsul Yusof