in

Office Web Apps Mudah & Jimat Masa

Office Web Apps Mudah & Jimat Masa

Pernah dengar pasal Office Web Apps tak? Budiey sebenarnya selalu dengar pasal benda ni tapi tak pernah nak guna application dalam web ni. Korang patut try, memang sempoi.

Awal bulan Mei lalu, semasa Budiey ke Brisbane, Australia untuk menonton secara live Konsert Live Katy Perry di sana, Budiey sempat diperkenalkan oleh staff Hotmail tentang aplikasi ini. Memang cool.

Untuk info, Office Web Apps ini dapat memberikan anda kebebasan menggunakan dokumen Microsoft Office di mana sahaja anda berada asalkan ada talian internet. Anda boleh berkongsi dengan orang lain.

office_web_apps_i1

Budiey dah pun cuba guna. Sekali guna, memang rasa aplikasi ini sama hebatnya dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office. Tak banyak beza pun. Lagi pun, ia sangat convenient.

Yang pasti, dengan menggunakan Office Web Apps ni, anda boleh manage Powerpoint, Word, Excel dan One Note files dengan hanya menggunakan browser di talian internet.

office_web_apps_selection-300x109

Budiey rasa, kalaulah tiada aplikasi Microsoft Office, pasti akan guna aplikasi Office Web Apps sebab ianya PERCUMA dan menjimatkan masa.

Cuma, anda perlukan ialah Windows Live Account, web browser samada Internet Explorer, Firefox dan Safari. Yang paling penting sekali, kena ada talian internet.

Office web apps

Nak senang, Budiey rasa korang kena guna Hotmail Account untuk memudahkan lagi access Office Web Apps.

Pertama kali guna benda alah ni, Budiey cuba guna Word Web App di mana Budiey boleh membaca dan mengedit word secara online. Sangat mudah sebab aplikasi ni ada AutoCorrect, boleh juga nak check ejaan dengan spell-checking. Tak banyak beza sebab guna aplikasi dalam talian ni juga ada font dan format paragraph yang sama. Juga boleh insert table dan gambar atau imej. Cool kan?

Baru-baru ini, Budiey ada terbaca berita tentang Office Web Apps yang dilancarkan di Malaysia.

Setelah melancarkan Office Web Apps sebelum ini pada Windows Live, kini aplikasi tersebut telah pun secara rasminya menyokong para pengguna Malaysia, membolehkan para pengguna melihat, mengubah dan berkongsi dokumen hanya dengan menggunakan pelayar web dan sambungan internet sahaja.

Terkini, Microsoft mengumumkan sokongan Office Web Apps ini di lebih 150 lokasi seluruh dunia, termasuk India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Pada bulan hadapan, aplikasi ini dijangka akan dilancarkan keseluruh dunia, sekaligus memudahkan anda berkongsi dokumen dengan sesiapa sahaja.
Para pengguna boleh mula menggunakan Office Web Apps dengan melayari terus laman Office, dan mulakan perkongsian dokumen anda dengan rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Jom cuba, try surf, click HERE.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CLEAR Lancar Syampoo Anti Kelumumur Terbaru

Malaysian Tamil Film THANDHAVA