in , ,

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan 

Starvilion Nak Semua Sama-Sama Raya Tahun Ini!

Menampilkan dua bintang ternama, Datuk Adi Putra dan Nora Danish sebagai inspirasi, koleksi Starvillion Laskar Raya 2023 menampilkan kelainan daripada pemilihan fabrik sehingga kepada rakan strategik. 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

Enam tahun menelusuri industri fesyen, Raya tahun ini Starvilion ingin memberi kembali (‘give back’) kepada pelanggan dan komuniti. 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

Demi merealisasikan tema ‘Starvilion Laskar Raya 2023’ dengan hashtag ‘sama sama kita raya’, ia sebuah gerakan berteras kasih sayang, empati dan nikmat berkongsi. Hanya satu tujuan yang diinginkan, iaitu memastikan semua orang dapat sambut hari raya tanpa mengira latar belakang dan taraf hidup. 

Gerakan bersifat amal ini turut mendapat sokongan dari rakan pertubuhan amal; iaitu Selangor Youth Community (SAY), Yayasan Qyyum dan KLOTH Cares Malaysia. Demi merealisasikan gerakan ini, ada lima manifesto yang Starvilion zahirkan. 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

1. Membeli sambil menderma 

Setiap pembelian baju raya koleksi tahun ini, sebagiannya akan dikongsi bersama komuniti. 

2. Kotak Kitar Semula ‘Sama Sama Kita Raya’ 

Satu gerakan kitar semula mensasarkan pelanggan untuk beri pelbagai persiapan raya seperti pakaian hari raya (baju melayu, baju kurung, jubah dll) dan apa-apa barangan berkaitan hari raya (tudung, kasut, songkok, beg, langsir, alas meja dsb). Lokasi kotak berada di setiap cawangan Starvilion di Shah Alam, Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

3. Program Infak 

Starvilion menyediakan 10,000 pasang baju raya baharu dari koleksi mereka untuk diedarkan kepada komuniti melalui duta jenama, rakan niaga dan rakan pertubuhan amal. 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

4. Bawa balik baju raya hari ini, bayar kemudian!

Mengambil peluang konsep Buy Now, Pay Later (BNPL) yang telah diperkenalkan di Malaysia, platform ini membantu rakyat untuk membeli barang keperluan dan kehendak tanpa sebarang yuran atau faedah bulanan. Dengan program ansuran 4 kali bayar yang Starvilion sediakan buat pelanggan melalui GrabPay, mampu kurangkan beban buat mereka yang mempunyai tanggungan yang besar membuat persedian raya buat keluarga tersayang. 

STARVILION GABUNGKAN SEMULA DUA BINTANG SAMA CANTIK SAMA PADAN 

Menampilkan dua bintang ternama, Dato’ Adi Putra dan Nora Danish sebagai inspirasi koleksi tahun ini, koleksi tahun ini memberi lebih banyak pilihan buat keluarga untuk tampil sedondon.

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

Koleksi Starvilion Laskar Raya 2023 hadir dengan 3 rekaan Baju Melayu, iaitu potongan slim-fit, relaxed-fit dan teluk belanga dengan lebih 80 pilihan warna.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Starvilion Sdn Bhd, Ajwad Khan Nasir Khan, pemilihan dua selebriti popular ini memberikan kelebihan kepada jenama mereka.

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

“Pemilihan Datuk Adi Putra dan Nora Danish sebagai duta kerana nilai mereka cukup tinggi dalam industri. Bukan hanya sekadar populariti, namun pertemuan pertama dengan Datuk Adi Putra adalah perbincangan mengenai strategi, bukannya soal bayaran.

“Dan Nora Danish saya letakkan sebagai ikon, dia bukan lagi influencer biasa. Jauh berbeza daripada yang lain. Nora telah meletakkan jenama kami pada tahap yang lebih tinggi dan berbeza daripada jenama lain,” jelasnya.

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

Koleksi Starvilion Laskar Raya 2023 hadir dengan tiga rekaan Baju Melayu, iaitu potongan slim-fit, relaxed-fit dan teluk belanga dengan lebih 80 pilihan warna.

Manakala koleksi wanita pula didatangkan dengan 16 rekaan utama dan lebih 120 rona warna dan corak. Kedua-dua koleksi lelaki dan wanita turut dilengkapi dengan saiz kanak-kanak.

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

Menurut Ajwad Khan, koleksi raya pada tahun ini diberi nafas baharu dari segi pemilihan fabrik.

“Pada tahun ini, kami membuat kelainan dengan pemilihan fabrik yang lain daripada yang lain. Fabrik yang paling mahal namun berbaloi dengan bajet ialah daripada Turkiye iaitu Bursa. Tidak perlu seterika dan kurang berkedut.

“Bursa ialah sejenis fabrik yang mengutamakan pengudaraan agar pemakai tidak panas, tekstur yang terasa mewah pada kulit dan kemasan matte finish,” ulasnya ketika ditemui.

Manakala koleksi wanita pula didatangkan dengan 16 rekaan utama dan lebih 120 rona warna dan corak. Kedua-dua koleksi lelaki dan wanita turut dilengkapi dengan saiz kanak-kanak. 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

“Tahun ini untuk koleksi Baju Melayu Slim-Fit Wak Doyok, saya tampilkan 3 jenis kain yang saya pilih sendiri mengikut standard fesyen semasa tanpa kompromi kepada keselesaan pemakai,”

– Wak Doyok, Rakan Strategik Starvilion. 

Sambung beliau lagi, “Selain dari fabrik Busan dan Dongdaemun dari Korea yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan jenama Wak Doyok; tahun ini istimewa sekali saya bawakan fabrik baharu yang dibawakan khas dari Turkiye iaitu Bursa. Bursa ialah sejenis fabrik yang mengutamakan pengudaraan agar pemakai tidak panas, tekstur yang terasa mewah pada kulit dan kemasan matte finish. Ia khas buat lelaki yang tidak menggemari fabrik berkilat seperti fabrik Baju Melayu yang membanjiri pasaran kini.” 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

WAK DOYOK BERKONGSI BISNES BERSAMA PEMPENGARUH TIK TOK 

Strategi perniagaan Starvilion tahun ini juga berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini Wak Doyok membuka peluang kepada pempengaruh popular dari platform media sosial Tik Tok yang mempunyai latar belakang perniagaan yang hebat; iaitu Mohamad Zafir bin Mohd Mahazir atau dikenali sebagai Zafirkaripap, Mohammad Khaliltizam bin Yusri (Abg Tesla) dan Muhammad Khairul Shukri bin Wahiddin (Uci Luna). Mereka diberi kepercayaan untuk buka outlet di kawasan masing-masing seperti di Johor dan Pulau Pinang. 

Kepada yang ingin dapatkan koleksi hangat dari Starvilion boleh dapatkan di outlet serata Malaysia dan secara online di website, www.thestarvilion.com dan platform media sosial, Tik Tok mulai 20 Mac 2023 jam 8:00 malam! 

STARVILION, SEPINTAS LALU… 

Ditubuhkan pada November 2017 dan telah dikenali sebagai “Pusat Fesyen Selebriti Pertama Malaysia” melalui pemilihan ramai selebriti, produk berkualiti, dan harga yang kompetitif. 

Pada 21 April 2018, Starvilion telah membuka outlet pertama di Seksyen 7, Shah Alam. 6 tahun kemudian, pada 2023, kami kini turut berada di Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kangar dan Pulau Pinang. 

Sejak penubuhannya, Starvilion telah bekerjasama dengan lebih 30 selebriti; iaitu Wak Doyok, Fattah Amin, Fazura, Nora Danish, Elfira Loy, Remy Ishak, Zahirah McWilson, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Hisyam Hamid, Amira Othman, Wany Hasrita, Khai Bahar dan ramai lagi. 

Starvilion Gabungkan Adi Putra & Nora Danish, Sama Cantik Sama Padan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR) Mengimbau Parut Kenangan Fahimi & Athalia

“Watak Lebih Penting Daripada Jumlah Followers” – Bront Palarae