in ,

Lakon Babak Ranjang Pertama Kali, Atiqah Hasiholan Gigih Berlatih

Pelakon berasal dari Indonesia, Atiqah Hasiholan menjelaskan adegan di atas ranjang yang dilakukannya dalam filem Rajah adalah trick semata-mata.

Kata Atiqah, dia telah mendapatkan tunjuk ajar daripada pengarah dan pihak produksi untuk melakukan adegan tersebut.

Malah jelasnya, adegan sedemikian merupakan yang pertama kali dilakukan sepanjang bergelar aktres.

“Oh ada yang takut ya? Saya ketika itu sudah berbincang dengan pengarah dan producer mengenai babak adegan atas ranjang itu.

“Ketika melakukan adegan tersebut ada tricknya, saya dan pelakon lelaki itu telah rehearsal dan kami tidak bersentuhan betul-betul pun.

“Sebenarnya itu merupakan yang pertama kali saya buat adegan di atas ranjang.

“Pihak pengarah ajar saya di mana perlu letak kaki, tangan saya supaya nampak selesa dan tidak janggal,” 

Menerusi filem berkenaan, Atiqah yang membawa watak Fatima ada melakukan beberapa adegan tidur bersama pemeran utama filem Rajah iaitu Jonathan Rhys Meyers yang membawa watak sebagai James Brooke.

mengisarkan sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) yang sudah pun menemul Rajah penonton sejak 9 Mac lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JAYA

Jaya Ram Produksi Yayasan Sutra Kembali Dipentaskan Untuk Musim Ke-2 

NORJUMA

Gagal Bayar RM260,400, Mahkamah Tinggi Isytihar Norjuma Bankrap