in , ,

Media Prima Lancar Kempen Seindah Kasih Sempena Ramadan Tahun Ini

Hari ini, kempen Seindah Kasih dilancarkan menerusi siaran langsung program The Seindah Kasih Show di TV3 dan Tonton

Bulan Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang penuh dengan kemuliaan, kesyukuran dan keberkatan ini sungguh bermakna kerana memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri, mengeratkan perpaduan serta silaturahim di kalangan masyarakat majmuk, selain mendapat pahala berlipat ganda. Itulah yang ingin disampaikan menerusi kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima.

KEMPEN SEINDAH KASIH
_X0A0011
_X0A9986

Tahun ini, Media Prima Berhad memperkenalkan tema Seindah Kasih yang akan menyemarakkan kempen Ramadan Raya 2023 menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OH BULAN!, Seismik,  Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

_X0A9914

Setiap dugaan dan cabaran akan dibalas dengan pahala bagi setiap umat Islam yang bersabar dan redha dengan keadaan yang telah ditakdirkan oleh Allah. Tema Seindah Kasih dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa dan merosakkan harta benda. Mari kita sama-sama bersedekah secara ikhlas dan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan yang lebih memerlukan. 

_X0A9891

Seindah Kasih menampilkan Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali sebagai wajah kempen. Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema Seindah Kasih yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.

_X0A9967

Hari ini, kempen Seindah Kasih dilancarkan menerusi siaran langsung program The Seindah Kasih Show di TV3 dan Tonton yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy, dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Fedtri Yahya, Anas Ridzuan, Mimi Lana, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Dato’ Chef Ismail, Michael Ang dan Ustaz Tarmizi serta persembahan nyanyian hebat daripada Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini dan Rahmad Mega.

_X0A9939

Program selama satu jam ini memperkenalkan susunan aktiviti dan program-program menarik merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan sepanjang bulan Ramadan di TV3, TV9, Tonton, WOW Shop dan Harian Metro serta Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

_X0A9886

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Roadshow

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda akan mengembara ke serata Semenanjung Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Timur di bulan Ramadan dari 22 Mac hingga 16 April 2023 untuk mengagihkan set iftar dan barangan keperluan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua, golongan ibu tunggal dan juga golongan B40. 

Tonton

Menerusi kempen Seindah Kasih, eksklusif di Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia menampilkan Tonton Original: Seindah Kasih The Movie lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz dan Shasha Abedul yang bakal bersiaran di Tonton pada 12 April 2023. Selain itu, Tonton akan mempersembahkan Tonton Soundstage X Seindah Kasih  yang menampilkan penyanyi lagu tema kempen iaitu Bil Musa dan Aqmal Ramdan.

TV3 & TV9 

TV3 dan TV9 menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini. Shopee kembali di bulan Ramadan ini dengan rancangan yang diberikan nafas baharu iaitu ‘Shopee Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang’. Pastikan temujanji anda menonton program konsep baharu yang bakal menghiasi malam Ramadan anda pada 4 April ini bermula pukul 9.00 malam hingga 10 malam hanya di TV3 dan Shopee LIVE.

_X0A0017

PROGRAM MENARIK TV3:

Inspirasi & Bual Bicara

• Tanyalah Ustaz Seindah Kasih – ditaja oleh Madad & Affin Bank

• Tanyalah Ustaz Juz ‘Amma

• Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul III – ditaja oleh Siti Khadijah

SahabatBackpackers - 2023

• Sahabat Backpackers – ditaja oleh MBSB

• Sembang Sahur – ditaja oleh Seri Murni, Blue Key, Massimo, Super Coffee dan Glucerna

Jejak Rasul_ Ulama Pewaris Rasul lll

Gaya Hidup

• Jalan – Jalan Cari Makan Ramadan – ditaja oleh Glucerna

• Pesan Makan

• Jom Berbuka – ditaja oleh F&N

• Apa Nak Masak Ni? – ditaja oleh Planta

Hiburan

• My Name Is Lola

• Diari Daddy – ditaja oleh Softlan

• Oh Mummy!

• Shopee Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang

Samarinda_ Bukan Puteri Lindungan Bulan

Drama 

• Lestary: Jaga Aku Selamanya 

• Akasia: Melur Untuk Firdaus 2 – ditaja oleh Flavettes Effervescent Glow & Garnier

• Samarinda: Bukan Puteri Lindungan Bulan – ditaja oleh Panadol

• Misteri Flat Kirana – ditaja oleh Uphamol

• Sakura: Sekali Aku Bahagia 

• Lestary: Bintang – ditaja oleh Nivea

• Akasia: Kerasnya Takdir – ditaja oleh Similac & KFC

Lestary_ Jaga Aku Selamanya

PROGRAM MENARIK DI TV9:

Inspirasi & Bual Bicara

• Tanyalah Ustaz Seindah Kasih –  ditaja oleh Madad & Affin Bank

• Tanyalah Ustaz Juz ‘Amma

• My #QuranTime 2.0

Program Realiti

• Dapur Tempur Ra-Ra ditaja oleh NONA

Drama

• Pia

• Cari Aku Di Syurga

• Syurgamu Ramadan

• Diari Ramadan Rafique

Animasi

• Mina Mila

• Little Ammar

WOW Seindah Kasih Ramadan

WOWSHOP telah melancarkan platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seindah Kasih Ramadan” untuk persiapan Pra-Ramadan – Raya anda! Terdapat program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai. Layari www.wowshop.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti secara langsung WOWSHOP di TV3 dan TV9.

Titipan Kasih Harian Metro (TKHM)

Titipan Kasih Harian Metro atau TKHM  merupakan salah satu inisiatif Harian Metro untuk menyantuni masyarakat dan pembaca yang sentiasa menyokong akhbar Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia ini. TKHM juga merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan termasuk keluarga-keluarga miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, rumah-rumah kebajikan, mangsa bencana alam dan sebagainya. Ditubuhkan pada tahun 2007, TKHM bermatlamat membantu golongan terjejas tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Untuk maklumat lanjut layari www.hmetro.com.my/titipankasih

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan #SeindahKasih untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG GALAXY A54 5G AND GALAXY A34 5G

Samsung Galaxy A54 5G & Galaxy A34 5G: Pengalaman Paling Hebat untuk Semua

K-Town ‘Terbangkan’ Gelandangan Ke Korea Perkenal ‘All-You-Can-Eat’