Sebuah SIDANG MEDIA EKSKLUSIF BERSAMA ELLA yang dibawakan khas oleh penganjur acara Hitman Solutions bersama jenama RockQueen, merungkai segala spekulasi buat pertama kalinya setelah media sosial Ratu Rock Negara itu terlihat ‘blackout’ pada tarikh 1 Mac 2023 dengan terteranya sebuah kapsyen berbunyi “Terima kasih untuk 35 tahun”, membuatkan para peminat, rakan media dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri hiburan menjadi resah dan gundah dengan kata-kata tersebut. Bertempat di Hotel Sunway Putra, jam 3:00 petang, Ella hadir menjelaskan keadaan sebenarnya.
“Ella maklum ramai yang tertanya-tanya apa yang telah berlaku dengan postingan sebegitu di Instagram bukan? Sebenarnya Ella Cuma berehat seketika dari media sosial dan kini kembali dan seterusnya berkongsi pada semua tentang rencana konsert Ella 35 Tahun yang akan berlangsung akan datang.
Menurut pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin itu, rasa terima kasih itu dizahirkan dengan penganjuran Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 10 Jun akan datang.
“Tindakan saya memadam semua hantaran di media sosial bukan gimik. Saya tinggalkan satu ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya sepanjang 35 tahun di dalam industri.
“Ketika itu saya terima banyak mesej kerana mereka menyangka saya akan bersara. Ada yang merayu agar saya tidak berhenti bernyanyi dan jangan tinggalkan mereka.
“Bila dapat respons sebegitu, saya rasa lebih semangat untuk buat konsert bagi mengubati rindu peminat. Saya yakin ada yang belum pernah menyaksikan konsert saya pun,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kuala Lumpur, hari ini.
“Jilid Akhir: Ella Puteri Kota” ini saya dedikasikan buat semua peminat yang telah setia menyokong perjalanan seni saya selama ini, tiada kata penghargaan yang dapat tandingi sokongan kalian semua. Sekalipun ini merupakan jilid akhir konsert solo saya dalam skala besar sepanjang 35 tahun ini, namun saya percaya ia hanyalah permulaan baharu bagi pengembaraan Ella yang seterusnya,” jelas pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin.
Sidang media eksklusif ini memberi peluang buat Ella untuk menjelaskan lebih lanjut tentang perancangan projek mega ini kepada rakan media tentang persembahan solonya di stadium.
Berkongsi lanjut mengenai konsert tersebut, penyanyi lagu Standing In The Eyes of the World itu memberitahu ia diadakan sebagai penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya sebelum ini.
Kata Ella, konsert itu juga bukan bererti dia akan meninggalkan bidang seni sebaliknya ia permulaan baharu dalam penggembaraannya sebagai penyanyi.
Dalam pada itu, Ella menjelaskan bahawa ini bukan konsert terakhir darinya namun nama konsert tersebut adalah bersempena nama buku yang ditulis sendiri sepanjang 35 tahun sebagai anak seni.
“Ini bukan persembahan terakhir saya. Namanya jilid terakhir sebab itu tajuk buku yang saya terbitkan,” jelasnya.
Persembahan ini merupakan peluang terbaik buat peminat Ella yang sudah lama merindui menyaksikan aksi lincah dan bertenaga Ratu Rock kesayangan tanah air ini.
Di antara lagu-lagu nyanyian Ella seperti ‘Standing In The Eyes Of The World’ yang didengar di persada dunia ketika Sukan Komanwel 1998 dan 2017, ‘Sembilu’, ‘Baldu Biru’ dan ‘Retak’ dan puluhan hits yang lain telah menaikkan namanya lantas diberi gelaran Ratu Rock yang tiada galang gantinya.
“35 TAHUN-JILID AKHIR ELLA PUTERI KOTA anjuran Hitman Solutions bersama pengurusan saya, RockQueen direncanakan bakal berlangsung pada 10 Jun ini bermula jam 8:00 malam di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ella berdoa agar semuanya berjalan lancar dan seterusnya dapat menghiburkan jangkaan 9,000 orang penonton yang akan hadir untuk ‘rock & roll’ istimewa bersama saya,” tambah Ella lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal berkata, “Ini merupakan satu penghargaan dapat bertemu dengan Ratu Rock Malaysia sekaligus berpeluang bekerjasama dengan beliau, Ella adalah ratu yang bertakhta bukan sahaja di hati peminat muzik rock tempatan bahkan di rantau Asia Tenggara, dan menariknya saya juga.
“Lagu yang telah membuka mata saya iaitu ‘Standing In The Eyes Of The World’ membuatkan saya terpaku hingga sekarang, jadi saya menjemput kesemua peminat untuk hadir menggegarkan ruang Arena Axiata pada 10 Jun nanti dan sama-sama kita berhibur.
Tiket-tiket bakal dijual bermula 13 Mac ini pada jam 12:00 tengahari di www.hitmanlive.com.
Sebarang pertanyaan berkenaan SIDANG MEDIA EKSKLUSIF BERSAMA ELLA ini boleh diajukan kepada Encik Keeran D (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669