in , ,

Da’i Fuad Cadang Supaya Puteri Sarah & Syamsul Yusof Tutup Mulut

Pendakwah selebriti, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau Dai’ Fuad mencadangkan kepada pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof tidak mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Da’i Fuad berkata sudah cukuplah ramai yang terkesan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh pasangan itu.

Da’i Fuad turut meminta segala permasalahan dalam rumah tangga mereka diselesaikan di mahkamah dan bukan di media sosial.

Da'i Fuad Cadang Supaya Puteri Sarah & Syamsul Yusof Tutup Mulut

“Saya mencadangkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk tutup mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tumbangkan orang sepatutnya di mahkamah bukan di media sosial.” tulisnya.

Dalam pada itu, Da’i Fuad turut memetik kisah anak angkat kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Zaid Alharith juga pernah bercerai dengan Zainab binti Jahsy.

“Dahulu anak angkat nabi, Saidina Zaid alharith pernah bercerai dengan Zainab binti Jahsy. Padahal mereka tokoh besar dan popular kerana akrab dengan nabi.

“Ada mereka buat kenyataan media? Ada mereka beritahu masyarakat kenapa perlu berpisah? Ada mereka membuka kelemahan masing-masing?” tulisnya.

Tambah Da’i Fuad lagi, perceraian adalah jalan keluar buat pasangan yang sudah tidak sehaluan, tetapi bukannya meraih perhatian umum serta meminta untuk selesaikan secara matang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelbagai Program Inspirasi Terbaik di RTM Sepanjang Ramadan 2023 Untuk Anda

HAFIDZ ROSHDI

Ramai Penerbit & Pengarah Dikatakan Mahu Boikot Pelakon Hafidz Roshdi