Susulan tindakannya itu, rata-rata netizen berang dengan pelakon tersebut apatah lagi mencederakan ibu kepada kedua-dua anaknya.
Sementara itu, menerusi komen di Instagram Melodi yang memuat naik video temu bual bersama Shuhada pada Ahad lalu, netizen meluahkan rasa marah serta meminta pelakon itu diboikot.
Malah, ada yang meminta pihak penerbit dan pengarah supaya memboikot Hafidz dari muncul di kaca televisyen sebagai pengajaran di atas apa yang dilakukannya.
Dalam pada itu, ada netizen berpendapat jika ada penerbit atau pengarah yang mengambil Hafidz berlakon hanya akan mencemarkan karya tersebut.
Terdahulu, Shuhada mendedahkan kantoi kali kedua masih berhubung dengan orang ketiga dikatakan menjadi punca dia ditumbuk oleh suaminya.