Sejak semalam, nama Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sekali lagi menjadi bualan netizen apabila Syamsul tidak mahu menceraikan Sarah. Apa yang mengejutkan, Sarah mendakwa dirinya pernah dipukul Syamsul sehingga dia keluar rumah dahulu.
Susulan pendedahan Sarah itu, Farid Kamil telah memberikan komen di video yang dikongsikan sebuah portal tempatan berhubung kes keganasan rumah tangga yang dialami oleh Sarah.
Menerusi hantarannya, dia tahu bahawa Sarah trauma kena pukul dan mengatakan bahawa Diana iaitu isterinya juga sama masih trauma apabila pernah dipukul sebelum ini.
Farid Kamil turut mengatakan bahawa Diana telah membuat laporan diri dipukul dari tahun 2005 hingga tetapi tiada sebarang tindakan diambil seolah-olah hal tersebut diabaikan.
Dalam perkongsian lain, Farid berkata individu yang dimaksudkan adalah seseorang yang memukul isterinya, Diana Danielle pada tahun 2005.
“Untuk rekod, ya dia yang memukul wanita bernama Diana pada 2005. Buat laporan tapi tiada tindakan (NFA). Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali.. sindir Pak Abu,”tulisnya.
Dalam entri lain, Farid mendedahkan isterinya masih terkesan dan trauma dengan insiden dipukul oleh individu berkenaan.
Menerusi satu perkongsian, Farid berkata individu tersebut mempunyai rekod mengasari wanita sejak tahun 2005 sehingga 2020 namun tiada tindakan sehingga kini.
“Trauma sampai sekarang. Kesian, tak ada siapa boleh back up orang trauma ni tau Dol. Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi.
“Ambil gambar senyum dengan gigi palsu tu,jari tunjuk atas..? Macho ke pukul wanita ni Dol…” tulisnya.
Sementara itu, Farid mengatakan wanita penuh kelembutan dan sepatutnya dihormati bukan dikasari serta menakutkan mereka.
Tanpa menyebut sebarang nama, Farid dalam hantaran Instagram Story berkata, seseorang tak boleh memukul wanita walau dengan apa jua alasan.
Dia juga berasa pelik dengan undang-undang sedia ada yang seolah-olah tidak melindungi semua wanita. Menerusi Instastory miliknya juga, dia mengatakan seharusnya wanita dihormati bukannya menakutkan mereka.
Menjengah ke media sosial, kenyataan Farid Kamil di Instastory itu menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen dan netizen mendakwa Farid mengetahui sesuatu tentang kes Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.