Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shuhada dilihat meluahkan perasaan di atas apa yang berlaku.
Shuhada mengakui ujian diberikan Allah kali ini amat berat, namun dia perlu lalui ujian tersebut meski seberat mana ia pun.
Menerusi entri itu, Shuhada berkata dia ditipu dan dikhianati serta mendakwa adik iparnya turut bersubahat namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
“Saya akui ujian Allah buat saya kali ini amat berat, sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti.
“Sehebat dan sebesar mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari, saya kena lalui perit sakit semua tu.
“Saya ditumbuk, saya dikhianati, saya ditipu, saya dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini) sedangkan adik dia sendiri bersubahat dan sebagainya,” tulisnya.
Kata Shuhada lagi, hatinya remuk di atas apa yang berlaku serta memohon orang ramai mendoakan agar dia bersama anak-anak diberikan kekuatan menempuh ujiian tersebut.
“Allahuakbar rasanya jiwa saya dah rabak, hati saya dah remuk, saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan ini, hubungan ini, dari keluarga toksik.
“Saya mohon sangat doakan saya kuat, doakan anak-anak saya kuat, kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan flying colours. Insya Allah saya takkan pernah lupa semua yang mendoakan saya,” tulisnya.