in

Drama CYBER999 Semai Kesedaran Pengguna Internet di Malaysia

Drama CYBER999 Semai Kesedaran Pengguna Internet Mengenai Kepentingan Keselamatan Siber

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini melancarkan drama Cyber999 terbitan AMK Creative Media Sdn. Bhd. sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2023, Edisi Malaysia.

Siri drama ini akan memaparkan 26 insiden berkaitan keselamatan siber yang diilhamkan daripada buku Kisah Benar Cyber999 terbitan CyberSecurity Malaysia (CSM). 

Drama CYBER999

Drama yang memaparkan pelbagai modus operandi jenayah siber ini, mampu memberi kesedaran kepada penonton agar tidak diperdaya dan menjadi mangsa seterusnya memupuk nilai-nilai etika, integriti dan sikap kebertanggungjawaban dalam menggunakan teknologi dan Internet. 

Karya yang menggunakan Dana Kandungan Kreatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini, memuatkan kisah benar berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengguna Internet ke Pusat Bantuan Cyber999. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Pertama Feby Putri di Kuala Lumpur Pada 3 Mac Ini di Zepp KL

M NASIR HATTAN

‘Sifu & Aku 38’ Bukti Dua Legenda Datuk M. Nasir & Datuk Hattan Masih Berbisa