in , ,

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem DEAR DAVID di Netflix

Dear David adalah merupakan sebum filem dari Indonesia yang disiarkan tanya di platform Netflix.

Filem ini diarahkan oleh sutradara  Lucky Kuswandi dan skrip pula ditulis oleh Winnie Benjamin, Daud Sumolang dan Muhammad Zaidy.

Dear David mengisahkan mengenai kehidupan remaja bernama Laras lakonan Shenina Cinnamon yang juga penulis blog fantasi lucah.

Blog yang pada asalnya ditulis untuk simpanan sendiri, dibongkar dan disebarkan kepada seluruh sekolah, sekali gus memalit kontroversi buat atlet popular sekolah, David.

Bagaimanapun, tidak ada sesiapa yang tahu bahawa Laras adalah penulis di sebalik blog itu. Rata-rata, ramai yang menuduh bekas sahabat baiknya, Dilla memandangkan Dilla pernah terbabit dalam kontroversi berkaitan gambar lucah.

DEAR DAVID

Dari situ, bermula perjalanan Laras membetulkan keadaan dan pada masa sama, menjaga nama baiknya sebagai pelajar berpotensi serta ketua pelajar.

Dalam masa sama, dia juga terbeban dengan rasa bersalah terhadap David serta Dilla yang terpaksa menanggung akibat daripada kecuaiannya.

Bagi Budiey, filem ini menampilkan jalan cerita yang menarik dan memukau, khususnya untuk para remaja. Kamu sebagai penonton akan dibawa melalui alur cerita yang bagus dan pastinya terkesan dengan lakonan luar biasa dari para Pelakon. 

DEAR DAVID

1. Dilakonkan oleh Pelakon Remaja Berbakat Besar

Filem ini dibintangi oleh Shenina Cinnamon yang sebelumnya pernah berlakon di filem “Penyalin Cahaya”. Dalam filem Dear David Shenina membawa water karakter Laras. Hero fllem ini bernama Emir Mahira yang membawa watak karakter David. Selain itu, filem ini dibantu oleh lakonan Caitlin North yang membawa karakter Dilla. Bukan itu saja malah ramai lagi berbakat ada dalam filem ini. 

Dalam filem ini, ketiga karakter utama berada dalam usia mentah yang menuntut mereka untuk mengenali siapa mereka dan pada akhirnya mencintai diri sendiri. Jalan cerita seperti ini ditampilkan dengan cukup menyentuh hati. 

DEAR DAVID

Sewaktu sidang media semasa pelancaran filem ini, ketiga pelakon telah berkongsi pengalaman dan perasaan mereka sewaktu membawa watak masing-masing.

“Saat pertama kali baca skrip naskahnya, saya langsung merasa andai saja saat saya seumur David dan Laras ada film seperti ini yang bisa saya tonton. Jadi film ini seperti surat cinta bagi diri saya sendiri di masa lalu,” Emir.

Sementara itu Shenina berkongsi tentang persamaan pengalamannya dengan karakter
Laras yang dibawakannya.

“Saya pernah berada di posisi Laras, melalui perjalanan tersendiri dan proses panjang untuk bisa menerima dan mencintai diri sendiri. Maka saya ingin menumpahkan apa yang saya lewati melalui Laras,” kata Laras.

Dalam karakter Dilla yang dilakonkan Caitlin, juga menyampaikan pengalamannya. Watak Dilla ternyata juga memendam perasaan marah.

“Ketika pertama kali saya membaca skrip naskahnya, saya menyedari bahwa Dilla itu karakter protagonis dan antagonis pada saat yang sama. Keperibadiannya punya berbagai lapisan,” – Caitlin.

DEAR DAVID

2. Mengangkat Kehidupan Sekolah

Kebanyakan dalam filem ini dilatari dengan latar berlokasikan di sekolah dengan menggambarkan kehidupan sekolah yang memiliki berbagai jenis karakter anak remaja. Jalan ceritanya juga boleh dikatakan segar dan dekat dengan penonton yang hidup dalam zaman sekarang. Karakter Laras, David dan Dilla juga memiliki konflik batin yang berbeza satu sama lain.  Bukan hanya itu saja, soundtrack yang dipilih juga sangat membantu untuk melengkapkan setiap babak dalam filem ini. You gais wajib tonton!

DEAR DAVID

3. Disutradarai oleh Lucky Kuswandi 

Filem ini diarahkan oleh Lucky Kuswandi yang mengarah beberapa filem hits seperti Galih dan Ratna (2017), Ali & Ratu Queens (2021), dan masih banyak filem lainnya. 

Mengetengahkan konflik remaja seperti cinta tiga segi, krisis identiti, eksplorasi seksual, serta persimpangan hidup remaja dengan media sosial menjadi benang merah yang menjahit cerita coming-of-age ini. Perjalanan ketiga karakter utama dilihat saling berkaitan rapat dan mendorong ketiganya untuk menerima serta lebih mencintai diri sendiri.

Peranan pengarah memberikan corak yang bervariasi menjadikan jalan cerita lebih berwarna warni. 

DEAR DAVID

4. Relevan dengan Remaja Sekarang

Filem ini mengisahkan Laras yang merupakan siswa berprestasi yang berhasil mendapatkan beasiswa SMA. Akan tetapi Laras memiliki hobi untuk menulis fanfiction yang isi dari cerita tersebut terungkap di sekolah tanpa sengaja. Cerita dalam filem ini memiliki kisah remaja yang sedang mencari jati diri dan krisis identiti. Kisah yang dipaparkan menyuntik pelbagai emosi penonton dengan sangat baik. Filem ini bukan hanya berkisah tentang remaja di sekolah dan kehidupannya, malah filem ini jauh lebih menarik dari itu. 

Setiap babak disusun dengan baik dan tidak mengelirukan penonton. Dari sudut sinematografi, Dear David juga tidak kurang hebatnya. Dari satu sudut lain, ia juga membawa mesej mengenai agama dan bagaimana agama mendekatkan diri seseorang individu itu dengan kebenaran.

Terutama bagi remaja dan di dalam media sosial, mereka selalu membandingkan diri dengan orang lain dan selalu ada tekanan mereka hadapi. Sementara perasaan untuk menyayangi diri sendiri sudah agak jarang dan susah untuk dilakukan. 

Anda boleh menonton filem ini di Netflix sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BLUE

Selepas Dua Dekad, Blue Masih Berbisa! Konsert di Kuala Lumpur Gempak!

Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Bernilai RM2Juta, Pecah Rekod Malaysia