Bersempena demgan tayangan filem IMAGINUR yang akan berada di pawagam mulai 23 Februari 2023 ini secara eksklusif di TGV Cinemas, Budiey dengan kerjasama Lumatic Films mahu mengajak 60 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan babak yang dramatik.
Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?
Mengangkat sebuah kisah percintaan yang mengetengahkan elemen romantik scifi pastinya merupakan sebuah naskah yang cukup unik.
Itulah yang cuba diketengahkan oleh pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha menerusi filem terbaharunya, Imaginur.
Mengenai pemilihan kedua-dua pelakon berkenaan, Nik Amir menyatakan keyakinannya terhadap Beto dan Diana untuk menjayakan watak masing-masing dengan baik.
Imaginur akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 23 Februari 2023.
SINOPSIS FILEM IMAGINUR
Kisah kehidupan seorang lelaki muda berputar di luar kawalan, dia cuba untuk mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar. Semasa dia cuba untuk mengenalpasti siapa wanita misteri itu, dia mula jatuh cinta padanya dan belajar mengenali dirinya sendiri.
Peraduan Tayangan Filem IMAGINUR
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Lumatic Films ingin menghadiahkan 60 tiket untuk pembaca setia Budiey.com menonton filem IMAGINUR. Tayangan ini akan diadakan pada:
Tarikh:
14 Februari 2023 (Selasa)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
8.30 malam
Tempat:
TGV Suria KLCC
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Filem IMAGINUR di TGV Suria KLCC. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #IMAGINUR kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan dua pelakon utama filem IMAGINUR
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menonton filem IMAGINUR kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com
dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem IMAGINUR
Tarikh tutup peraduan:
13 Februari 2023
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Lumatic Films dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.