Tidak sampai setahun mengenali hati budi, penyanyi Aiman Tino sedia disatukan dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa yang dirancang diadakan pada April depan.
Penyanyi lagu hit Ku Rela Dibenci itu mengakui memilih untuk mendahulukan perkara wajib apabila melangsungkan pernikahan terlebih dahulu, sementara persandingan pula berlangsung pada Jun atau Ogos nanti.
“Ikut perancangan kita sempurnakan pernikahan dahulu kerana persediaan pun sudah dibuat, cuma tinggal pilih tarikh sahaja.
“Berkemungkinan besar kami juga dinikahkan sebelum bulan puasa atau paling lewat sekitar April ini, manakala resepsi pertengahan tahun atau Ogos depan,” katanya.
Berkenaan faktor usia, Aiman yang bakal menyambut ulang tahun ke-25 pada 27 Jun depan memaklumkan sudah sedia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.
Katanya, umurnya sekarang lebih kurang sebaya dengan bapanya ketika berkahwin dahulu sekali gus bukan halangan mahupun terlalu muda untuk memikul amanah.
“Mungkin ada yang cakap awal sangat tetapi bagi saya ini usia yang tepat, selain sudah cukup sedia melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” katanya selepas tayangan filem Tonton Original Irama Kita.
Berkongsi mengenai wanita pilihan berusia 24 tahun itu, Aiman berkata, sikap lemah lembut dan keayuan Syarah antara tarikan yang membuatkan mereka selesa berkawan seterusnya sepakat melangkah ke fasa serius.
“Saya terpikat dengan keayuan dan sikap lemah-lembutnya. Pada masa sama, kami juga mengusahakan perniagaan biskut bersama-sama. Selepas menjalin hubungan serius tidak sampai setahun, kami memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan,”
“Kami serius selepas beberapa bulan berkawan dan semakin yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan,” kongsinya lagi yang merancang bertunang sehari sebelum majlis pernikahan.
“Sebenarnya, ramai orang salah faham dan menyangka majlis merisik sebelum ini adalah majlis pertunangan. Itu hanya majlis merisik dan kami masih belum bertunang,” katanya.
Dalam pada itu, Aiman menjelaskan majlis yang diadakan baru-baru ini adalah majlis merisik dan mereka merancang untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan nanti.
“Sebenarnya, ramai orang salah faham dan menyangka majlis merisik sebelum ini adalah majlis pertunangan. Sebenarnya ia hanya majlis merisik dan kami masih belum bertunang,” katanya.