in ,

Majlis Hi-Tea Untukmu Ibu Bersama Rabbani, Aishah & Siti Norbahyah

Majlis Hi – Tea Untukmu Ibu Bersama Rabbani, Aisyah dan Dato’ Ustazah Siti Norbahyah di Hotel Singgahsana

Ibu ratu hatiku. Jasa dan pengorbanan ibu itu tidak terhingga. Sempena menghargai jasa dan pengorbanan kaum ibu, Rabbani mengadakan majlis hi – tea bersama dengan artis undangan, Aisyah dan juga Dato’ Ustazah Siti Nobahyah pada 8 Mei 2011 bersamaan 4 Jamadilakhir 1432 H.

Majlis bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Majlis dihadiri oleh pengunjung seramai 300 orang yang terdiri daripada barisan ibu-ibu bersama keluarga, ibu tunggal dan juga peminat – peminat Rabbani. Turut hadir bersama ialah bonda kepada Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan seisi keluarga yang kelihatan cantik berpakaian sedondon. Majlis bermula jam 2.30 petang dengan ketibaan tetamu dan bacaan doa oleh juruacara majlis Suffian Amrin.

Rabbani bersama Adik Muhammad Ilham Bin Asri (Anak almarhum Ustaz Asri Rabbani)

Pelbagai persembahan dan acara diadakan bagi meraikan tetamu yang hadir petang itu. Antaranya, persembahan Rabbani dengan lagu Ya salam, Ibu, Ibu oh Ibu dan Ibu Mithali, persembahan Dato’ Ustazah Siti Nur Bahyah yang dimulakan dengan pantun.

Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran ‘Aisyah yang menyampaikan lagu yang menusuk jiwa, “Syurga di Telapak Kaki Ibu” dan lagu duet bersama Rabbani, “Berkorban Apa Saja” hingga membuatkn para hadirin mengalirkan air mata. Majlis petang itu turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah kepada para tetamu.

Hadiah-hadiah ditaja oleh Ana Edar Sdn.Bhd., Kels Spirulina, Galeri Ilmu Sdn.Bhd., Uzai Marketing. Penampilan istimewa Adik Mohd. Ilham Fikri anak kepada Almarhum Ustaz Asri, salah seorang anggota Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009. Beliau menyanyikan lagu “Untukmu Ibu” dan membacakan doa kesejahteraan ibu-ibu dan juga keluarga.

Antara acara yang di tunggu-tunggu hadirin yang hadir adalah pakej umrah tajaan daripada Rabbani Travel & Tour Sdn. Bhd. dan Adibah Noor. Insan bertuah yang memenangi pakej umrah pada petang itu ialah Puan Siti Haida binti Mansor dari Desa Pandan dan Y.M Tunku Maharon Tunku Mukhtar yang hadir bersama anak dan menantunya, Lah, salah seorang anggota V.E.

Tidak ketinggalan juga pemenang bertuah yang menerima satu dinar emas Rabbani yang akan mula berada di pasaran dalam waktu terdekat. Di samping itu, majlis turut diserikan dengan acara memotong kek oleh Dato’ Siti Norbahyah dan Aisyah. Majlis yang julung-julung kali dianjurkan oleh Rabbani Productions (M) Sdn.Bhd. ini diadakan bagi meraikan insan-insan bergelar ibu berakhir jam 5.30 petang.

Di samping itu, Rabbani Travel and Tours juga ada mengadakan pakej umrah bersama Rabbani pada 5 Julai 2011 ini dengan harga istimewa serendah RM4990. Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi RTT di talian 0389275928 dan atau boleh melayari www.rabbanitravel.com untuk maklumat lanjut.

Antara hadirin yang hadir di Program Untukmu Ibu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Antara hadirin yang hadir di Program Untukmu Ibu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Rabbani memulakan persembahan

Rabbani memulakan persembahan

Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah

Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah

Vokal Aishah yang mengagumkan

Vokal Aishah yang mengagumkan

Adik Muhammad Ilham Bin Asri (Rabbani Junior)

Rabbani, Ustazah Dato Siti Nurbahyah dan Aishah.

Ibu Mertua Lah Ahmad (Ex-VE) menang cabutan bertuah pakej Umrah tajaan Rabbani Travel & Tours dan rakan niaga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penggemar Ais Krim Jadi Chef Pakar Pencuci Mulut

Sinopsis Filem Flat 3A