Laman web dengan pautan molekfm.com tersebut menggunakan aset visual asli Molek FM seperti yang digunakan di semua platform rasmi Molek FM. Molek FM menegaskan laman sesawang tersebut adalah bukan laman rasmi dan tidak berkaitan dengan stesen radio berkenaan.
Para pendengar diminta untuk memastikan pautan yang diakses adalah saluran rasmi Molek FM sebelum meneruskan apa-apa aktiviti di internet. Ia bertujuan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti perkongsian maklumat peribadi dan sebarang penipuan dalam talian.